Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya beritamalay3.blogspot.com

Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya beritamalay3.blogspot.com
link : Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya beritamalay3.blogspot.com

 
Naib presiden PPBM itu berkata, kenyataan bersifat perkauman itu ialah pandangan peribadi Hamizura dan tindakan mengaitkan 'status tidak berapa molek itu' boleh menjatuhkan kredibilitinya.


Hamidah-Osman-isu-pijak-cina-ppbm

PETALING JAYA: Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman menggesa semua pihak berhenti mengaitkan dirinya dengan kenyataan bersifat perkauman yang dibuat adiknya semalam kerana ia boleh menjatuhkan kredibilitinya.

Beliau berkata, peringatan supaya penyokong pembangkang tidak memuji dan membiarkan orang Cina memijak orang Melayu dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, ialah pandangan peribadi Hamizura.

“Hamizura ahli biasa, memang dia adik saya, pandangan dia tidak perlu dikaitkan dengan saya. Jika Hamizura lakukan kesilapan, kesalahan itu dituding kepadanya sahaja.

“Apabila mereka mengaitkan tindakan Hamizura dengan saya, sedangkan saya tidak nyatakan apa-apa, maka tindakan itu menjatuhkan kredibiliti saya,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, Hamizura memohon maaf selepas beberapa jam memuat naik catatan bersifat rasis ke Facebooknya yang dikecam pelbagai pihak.

Ia termasuk Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail yang berkata, wawasan parti itu adalah mengembali dan memperkasakan maruah Melayu berteraskan keadaban, kesopanan dalam kata-kata dan tindakan.

Katanya, hak Melayu adalah untuk memperkasakan maruah Melayu, bukan memperjuangkan ketuanan Melayu.

“Masyarakat Cina di Malaysia adalah warganegara Malaysia dan berhak tinggal di negara ini. Kita tidak boleh menafikan sumbangan masyarakat Cina kepada negara ini,” katanya dalam catatan Facebook.

Mengulas lanjut, Hamidah berkata, beliau sudah menegur adiknya supaya lebih berhati-hati ketika menyuarakan pandangan dan tidak mengulangi kesilapan sama.

“Teguran saya buat secara peribadi, secara adik-beradik. Pada saya, status itu tidak berapa molek, sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya membangkitkan isu itu,” katanya.



Demikianlah Artikel Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hamidah: Jangan kaitkan kenyataan ‘Cina pijak kita’ dengan saya beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/hamidah-jangan-kaitkan-kenyataan-cina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :