Judul : Kastam akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah GST beritamalay3.blogspot.com
link : Kastam akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah GST beritamalay3.blogspot.com
Kastam akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah GST beritamalay3.blogspot.com
KOTA TINGGI: Kastam akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah dan berita palsu mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata langkah itu untuk membendung tohmahan dan fitnah dilontarkan sesetengah pihak terhadap GST kebelakangan ini.
“Saya sedih apabila kadang-kadang terima WhatsApp daripada kawan, kita baca dan tahu berita tidak betul,” katanya.
“Generasi muda pula mudah percaya. Jadi, memang patut ada pihak siasat dan saya rasa janganlah anggap semua rakyat bodoh. Memang ada sebahagian boleh percaya tetapi kita boleh mengambil tindakan ‘pembetulan’,” katanya kepada media hari ini.
Beliau sebelum itu merasmikan Pejabat GST Kota Tinggi bagi memberi kemudahan kepada lebih 4,000 syarikat berdaftar dalam sistem cukai terbabit.
Terdahulu, dalam ucapannya, Subromaniam meminta ahli politik tidak menggunakan isu GST sebagai bahan kempen menjatuhkan kerajaan.
Katanya, GST terbukti memberi kesan positif kepada ekonomi terutama dari segi daya saing Malaysia, dan ia dilaksanakan di beberapa negara lain.
“Setakat ini, tiada negara kembali kepada sistem percukaian asal selepas melaksanakan GST. Jadi, usahlah rakyat terperdaya dengan cerita karut kononnya ia boleh diganti dan sebagainya. Ia sangat mustahil dilakukan,” katanya.
Demikianlah Artikel Kastam akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah GST beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Kastam akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah GST beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kastam akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah GST beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/kastam-akan-ambil-tindakan-terhadap.html