PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah beritamalay3.blogspot.com

PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah beritamalay3.blogspot.com
link : PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah beritamalay3.blogspot.com

 
MB Selangor tidak mengulas lanjut mengenai gesaan Amanah Selangor supaya PAS diusir daripada kerajaan negeri.


Azmin-Ali-bendera-pas-bendera-selangor-menteri

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan Amanah selepas gesaan perwakilan Amanah Selangor baru-baru ini untuk mengkaji semula penyertaan PAS daam pentadbiran negeri.

“Saya telah berbincang dengan jawatankuasa kepimpinan parti, mereka akan menyelesaikan perkara itu secara dalaman,” kata Azmin yang juga pengerusi PH Selangor itu.

Menurutnya, beliau menunggu kenyataan pimpinan Amanah pusat berhubung perkara itu.

Konvensyen Amanah Selangor semalam meluluskan usul meminta Azmin menimbang semula kedudukan PAS dalam pentadbiran Selangor.

Ketua Amanah Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof, yang membentangkan usul itu, berkata ia sejajar dengan keputusan PH untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Ini untuk memastikan kehadiran PAS berterusan di pentadbiran Selangor tidak menjadi duri dalam daging, yang kemudian boleh menjejaskan usaha untuk mempertahankan kerajaan Selangor yang dipimpin PH,” kata beliau pada konvensyen Amanah.

Anuar berkata usul itu kerana PAS bukan lagi dalam pakatan pembangkang selepas pemansuhan Pakatan Rakyat.

PAS memutuskan kerjasama politik selepas PR runtuh pada Jun 2015 berikutan perbezaan pendapat dengan DAP mengenai pelaksanaan hudud.

Gabungan itu digantikan PH yang kini terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan PPBM.

PAS mengekalkan hubungan politiknya dengan PKR di Selangor, di mana pemimpinnya adalah sebahagian daripada kerajaan negeri.

Begitu juga di Kelantan, ahli PKR masih lagi memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

Azmin pernah berkata PR masih wujud dalam kerajaan Selangor kerana ia adalah “mandat rakyat”.
Rabu lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata tiada arahan daripada pusat untuk menamatkan rundingan dengan PKR.

“PAS Selangor bersedia berbincang dengan sesiapa pun demi kebaikan rakyat dan negara,” kata Yunus.

Gabungan pembangkang mentadbir Selangor sejak 2008. PAS ketika ini mempunyai 13 Adun di Dewan Negeri Selangor, 3 exco di majlis mesyuarat kerajaan negeri, seorang timbalan speaker dan ramai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan.



Demikianlah Artikel PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS dalam kerajaan Selangor: Azmin serahkan kepada Amanah beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/pas-dalam-kerajaan-selangor-azmin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :