Judul : Perdana Menteri Jamin Tidak Naik Cukai, Bagi Tampung Dana PTPTN beritamalay3.blogspot.com
link : Perdana Menteri Jamin Tidak Naik Cukai, Bagi Tampung Dana PTPTN beritamalay3.blogspot.com
Perdana Menteri Jamin Tidak Naik Cukai, Bagi Tampung Dana PTPTN beritamalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai bagi menampung kekurangan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata cara itu bukan jalan penyelesaian, sebaliknya kerajaan akan mengkaji isu itu bagi mencari jalan penyelesaiannya.
Beliau berkata masalah berkaitan kekurangan dana pinjaman PTPTN bukan hanya menjadi masalah di kalangan pelajar masyarakat India tetapi juga dialami semua kaum.
“Kami mendengar. Rakyat Malaysia tidak suka membayar cukai. Mereka hanya suka cuti umum, makanan, tapi tak suka bayar cukai lebih,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-71 hari ini.
Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional turut memaklumkan bahawa kerajaan India mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 28 peratus.
“Tolong ingat itu. Kita (di Malaysia) baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan,” katanya.
“Najib berkata peningkatan kos barangan bukanlah salah kerajaan sebaliknya tindakan peniaga menaikkan harga dan kemudian menyalahkan kerajaan atas masalah itu.
“Sebanyak 165 negara dalam dunia (melaksanakan GST), India 28 peratus. Jadi orang India Malaysia tak boleh nak complain (merungut),” katanya, sambil disambut dengan gelak tawa dan tepukan kira-kira 4,000 anggota MIC termasuk 1,500 perwakilan.
GST mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus. #sumber
Demikianlah Artikel Perdana Menteri Jamin Tidak Naik Cukai, Bagi Tampung Dana PTPTN beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Perdana Menteri Jamin Tidak Naik Cukai, Bagi Tampung Dana PTPTN beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perdana Menteri Jamin Tidak Naik Cukai, Bagi Tampung Dana PTPTN beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/perdana-menteri-jamin-tidak-naik-cukai.html