Judul : Pesawat bawa kenamaan tergelincir ketika mendarat beritamalay3.blogspot.com
link : Pesawat bawa kenamaan tergelincir ketika mendarat beritamalay3.blogspot.com
Pesawat bawa kenamaan tergelincir ketika mendarat beritamalay3.blogspot.com
ANTARAPOSKUCHING: Sebuah pesawat eksekutif jenis Beechcraft King Air membawa kenamaan dilaporkan tergelincir dari landasan sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini, petang tadi.
Kejadian kira-kira jam 6 petang membabitkan pesawat milik Hornbill Skyways dari Mukah itu dipercayai berpunca akibat permukaan landasan yang licin susulan hujan lebat.
Sumber memberitahu BH, ketika kejadian, pesawat berkenaan membawa dua anak kapal, seorang petugas teknikal bersama empat penumpang, termasuk Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Bagaimanapun, semua anak kapal dan penumpang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, kecuali terkejut.
"Kejadian antara landasan A1 dan A2 itu menyebabkan kawasan terbabit terpaksa ditutup bagi kerja-kerja mengalihkan pesawat.
"Berikutan itu, semua penerbangan masuk ke LTAK terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Sibu," katanya.
Sementara itu, Fatimah gagal dihubungi bagi mengulas insiden berkenaan, manakala pegawai khasnya enggan memberikan sebarang kenyataan.
Demikianlah Artikel Pesawat bawa kenamaan tergelincir ketika mendarat beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Pesawat bawa kenamaan tergelincir ketika mendarat beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pesawat bawa kenamaan tergelincir ketika mendarat beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/pesawat-bawa-kenamaan-tergelincir.html