Pinda Akta 164 elak diperguna pihak tidak bertanggungjawab - Naser Disa beritamalay3.blogspot.com

Pinda Akta 164 elak diperguna pihak tidak bertanggungjawab - Naser Disa beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pinda Akta 164 elak diperguna pihak tidak bertanggungjawab - Naser Disa beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pinda Akta 164 elak diperguna pihak tidak bertanggungjawab - Naser Disa beritamalay3.blogspot.com
link : Pinda Akta 164 elak diperguna pihak tidak bertanggungjawab - Naser Disa beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Pinda Akta 164 elak diperguna pihak tidak bertanggungjawab - Naser Disa beritamalay3.blogspot.com

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Akta 164 atau Akta Perkahwinan Dan Perceraian perlu dipinda bagi mengelakkan ia dipergunakan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, Datuk Mahamad Naser Disa.
 
Ujarnya, Akta 164 buat masa ini hanya memberikan ruang untuk pasangan yang tidak memeluk islam memfailkan petisyen bagi membubarkan perkahwinan sivil dengan bekas pasangannya yang memeluk agama islam.
 
Ini bermakna mana-mana mualaf tidak boleh pergi ke Mahkamah Sivil dan memohon untuk membubarkan perkahwinan sivilnya yang terdahulu sehinggalah bekas pasangannya berbuat demikian, ujarnya.
 
Ramai melihat ia sebagai kekangan kepada mualaf tetapi ada juga yang melihat ia sebagai satu peluang, kata Naser sambil merujuk kes seorang peguam hindu mempergunakan akta itu untuk membolehkannya berkahwin dua.
 
"Seorang peguam hindu di Johor Bahru, peluk agama islam kerana dia mahu berkahwin satu lagi dengan perempuan kristian Iban di Sarawak. Lelaki Hindu itu sudah berkeluarga. Undang-undang perkahwinan menyatakan mereka tidak boleh berpoligami. Undang-undang mereka monogami. Tapi mereka nak kahwin juga. Jadi mereka memeluk agama islam.  
 
"Yang lelaki memeluk islam, yang perempuan Iban itu juga memeluk agama Islam. Tapi dia tak putuskan perkahwinan sivilnya. Yang si isteri hindu itu pun tidak memutuskan perkahwinan sivilnya. Jadi dia kahwin secara syariah tapi dia tetap balik pada isteri dia yang beragama hindu," kata Naser kepada Antarapos dalam temubual eksklusif baru-baru ini.
 
Menceritakan dengan lebih lanjut, Naser berkata peguam Hindu itu bersikap lepas tangan dan meletakkan kesalahannya memiliki dua isteri yang melanggar syarak, disebabkan kelemahan Akta 164.
 
"Tak boleh kahwin macam itu, ia menyalahi hukum syarak. Tapi dia boleh pertahan dirinya dengan alasan, saya (peguam Hindu) tak boleh pergi ke Mahkamah Sivil. Isteri saya tidak failkan petisyen untuk perceraian. Maka saya masih ada tanggungjawab (ke atas isteri Hindunya). Maka dia pun balik (ke rumah isteri Hindu seperti biasa)," kata Naser.
 
"Ini kelemahan kita kalau kita tak pinda Akta 164 yang meletakkan kewajipan kepadanya untuk membubarkan perkahwinan sivilnya. Dia mempermainkan ruang dan peluang dari segi hukum syarak.
 
"Tapi masalahnya bila dia meninggal isteri hindu menuntut jenazah mengatakan dia tak amalkan acra hidup islam. Dia masih dengan cara hidup hindu. Isteri Iban pun cakap mereka tak amalkan gaya hidup islam atau kristian," katanya.  
 
Justeru amat perlu Akta 164 dipinda bagi membolehkan mualaf ke Mahkamah Sivil dan membubarkan perkahwinan terdahulunya dan tidak semata-mata berharap bekas pasangannya untuk memfailkan petisyen perceraian. 
 
"Kita tak nak orang menggunakan islam sebagai satu helah untuk mereka untuk mereka hidup secara berpoligami tetapi mereka tidak ikut perundangan dan cara hidup islam," katanya lagi.
 
Parlimen pada 9 Ogos lalu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 164 selepas dibahaskan lebih empat jam.
 
 


Demikianlah Artikel Pinda Akta 164 elak diperguna pihak tidak bertanggungjawab - Naser Disa beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Pinda Akta 164 elak diperguna pihak tidak bertanggungjawab - Naser Disa beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pinda Akta 164 elak diperguna pihak tidak bertanggungjawab - Naser Disa beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/pinda-akta-164-elak-diperguna-pihak.html

Subscribe to receive free email updates: