PKR sedia terima NewGen dalam PH beritamalay3.blogspot.com

PKR sedia terima NewGen dalam PH beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR sedia terima NewGen dalam PH beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR sedia terima NewGen dalam PH beritamalay3.blogspot.com
link : PKR sedia terima NewGen dalam PH beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


PKR sedia terima NewGen dalam PH beritamalay3.blogspot.com

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
SHAH ALAM: Parti Generasi Baru (NewGen) perlu membuat permohonan dan mengikuti prosedur yang ditetapkan jika ia berminat menyertai Pakatan Harapan (PH).
 
Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar berkata jawatankuasa Pakatan Harapan akan meneliti permohonan sebelum mana-mana parti diluluskan sebagai komponen kelima di dalam gagasan pembangkang itu.
 
"Jika mereka berminat, kena tulis (permohonan) kepada PH. PH juga ada jawatankuasa untuk meneliti perkara-perkara berkaitan kekuatan, latar belakang dan sebagainya sebelum kita membuat keputusan
 
"Sehingga sekarang kita tidak terima apa-apa (permohonan) melainkan maklumat yang saya dapati daripada media," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Semalam NewGen mengumumkan hasrat menyertai PH dan berikrar mahu membantu dalam menarik sokongan etnik minoriti sekaligus menyumbang kepada kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
 
 
Pengerusinya, Rajaretinam Armuggan berkata parti itu akan memperjuangkan hak semua etnik minoriti dan menggerakkan pengundi minoriti untuk menyokong PH.
 
Tambah Rajaretinam, partinya bermatlamat untuk mengukuhkan PH dengan menjanjikan bantuan kepada gabungan itu dalam usaha memenangi sehingga 25 kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dimenangi tipis.
 
Xavier kemudiannya berkata PKR terbuka dengan mana-mana pihak yang mempunyai tujuan yang sama menumbangkan Barisan Nasional (BN).
 
"Mana-mana parti yang hendak membantu PH dengan agenda bersama kita untuk menjatuhkan kerajaan, kita akan terima, tiada masalah. Namun kena datang tanpa ada syarat atau terlalu banyak permintaan," katanya.
 
Rajaretinam pada semalam turut memaklumkan parti itu akan membantu mengekalkan 12 kerusi parlimen yang gabungan itu menang tipis. 
 
Dalam pada itu katanya, NewGen tidak mempunyai hasrat untuk bertanding di mana-mana kerusi yang dimiliki mana-mana pemimpin India dalam PH tetapi hanya akan bertanding untuk kerusi yang dikenalpasti dan dibenarkan Majlis Presiden PH.


Demikianlah Artikel PKR sedia terima NewGen dalam PH beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel PKR sedia terima NewGen dalam PH beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR sedia terima NewGen dalam PH beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/pkr-sedia-terima-newgen-dalam-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :