Rafizi selar 2-3 pemimpin PKR menyamar sebagai ‘sumber dalaman’ beritamalay3.blogspot.com

Rafizi selar 2-3 pemimpin PKR menyamar sebagai ‘sumber dalaman’ beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rafizi selar 2-3 pemimpin PKR menyamar sebagai ‘sumber dalaman’ beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi selar 2-3 pemimpin PKR menyamar sebagai ‘sumber dalaman’ beritamalay3.blogspot.com
link : Rafizi selar 2-3 pemimpin PKR menyamar sebagai ‘sumber dalaman’ beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Rafizi selar 2-3 pemimpin PKR menyamar sebagai ‘sumber dalaman’ beritamalay3.blogspot.com

 
Naib presiden PKR itu turut menganggap perselisihan pendapat mengenai rundingan dengan PAS sudah 'tamat'.


rafizi-ramlii_pkr_sin-chew-daily_600


PETALING JAYA: Sehari selepas penafian PKR ia mengambil tindakan disiplin terhadap Rafizi Ramli kerana mendedahkan masalah dalaman parti kepada umum, naib presiden PKR itu hari ini menggesa tindakan diambil ke atas beberapa pemimpin yang menurutnya kerap memberikan maklumat tidak benar kepada media.

“Selagi 2-3 orang ahli Biro Politik ini tidak berdisiplin dan memberikan maklumat yang salah kepada pihak media dan anggota parti, keadaan akan terus bercelaru,” katanya merujuk badan pembuat keputusan tertinggi dalam PKR.

Rafizi berkata wujud pemimpin parti yang bercakap kepada media sambil “berselindung di balik nama ‘sumber dalaman parti'”.

Rafizi yang sebelum ini mendedahkan kepincangan pada peringkat Biro Politik PKR susulan bantahannya terhadap usaha Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali berunding dengan PAS, berkata perkara itu bukan pertama kali berlaku.

Menurutnya, akhbar “yang jelas memusuhi PKR” kerap memetik “sumber dalaman parti” membekalkan berita tidak sah seperti pada 2014, ketika PKR mengarahkan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya.

Rafizi berkata perkara sama berulang pada tahun lalu ketika pilihan raya negeri Sarawak, di mana pemimpin PKR menghantar mesej berlainan kepada pimpinan PKR negeri walaupun Biro Politik sudah memuktamadkan keputusan pembahagian kerusi.

Akhbar Sin Chew Daily baru-baru ini memetik “sumber” sebagai berkata Rafizi dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik pimpinan parti.

“Berdasarkan nasihat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, parti hanya memberi amaran lisan kepada Rafizi ketika ini. Jika beliau terus berdegil, tiada orang boleh menjamin beliau tidak akan dipecat kelak,” menurut akhbar berbahasa Cina itu memetik sumber.

Ia susulan kenyataan panjang lebar Rafizi menceritakan kepincangan dalaman parti, termasuk mendakwa keputusan Biro Politik kerap diabaikan beberapa pemimpin sejak Anwar dihukum penjara 5 tahun pada awal 2015.

“Jika pun telah ada persetujuan di peringkat Biro Politik, jika itu tidak disukai oleh seseorang maka keputusan itu tidak dihormati malah akan dibuka balik di dalam mesyuarat Biro Politik yang seterusnya untuk ditukar kembali,” kata Rafizi pada 29 Ogos, yang turut menamakan pemimpin yang pro dan kontra dalam soal menjalinkan kerjasama dengan PAS.

Rafizi hari ini berkata beliau mahu memberikan fokus kepada kerja menambah baik peluang PKR menjelang pilihan raya umum akan datang, sambil berkata perselisihan mengenai rundingan dengan PAS “telah tamat” selepas kenyataan Azmin untuk patuh kepada keputusan Biro Politik.

“Oleh itu, ini masa untuk menjaga kawasan masing-masing dan menumpukan perhatian kepada kempen akar umbi untuk menghadapi PRU14 yang boleh dipanggil bila-bila masa dari sekarang,” kata Rafizi.



Demikianlah Artikel Rafizi selar 2-3 pemimpin PKR menyamar sebagai ‘sumber dalaman’ beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Rafizi selar 2-3 pemimpin PKR menyamar sebagai ‘sumber dalaman’ beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi selar 2-3 pemimpin PKR menyamar sebagai ‘sumber dalaman’ beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/rafizi-selar-2-3-pemimpin-pkr-menyamar.html

Subscribe to receive free email updates: