Semua wakil rakyat PH akan diberi latihan selepas menang, kata Husam beritamalay3.blogspot.com

Semua wakil rakyat PH akan diberi latihan selepas menang, kata Husam beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Semua wakil rakyat PH akan diberi latihan selepas menang, kata Husam beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semua wakil rakyat PH akan diberi latihan selepas menang, kata Husam beritamalay3.blogspot.com
link : Semua wakil rakyat PH akan diberi latihan selepas menang, kata Husam beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Semua wakil rakyat PH akan diberi latihan selepas menang, kata Husam beritamalay3.blogspot.com



Husam yakin dapat jadikan Kota Bharu maju dan indah.

Pakatan Harapan (PH) akan memastikan semua wakil rakyatnya yang terpilih selepas pilihan raya umum nanti akan mendapat latihan yang secukupnya bagi memastikan mereka memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.

Pengerusi PH Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, turut akan diberikan latihan adalah para penghulu yang bakal dilantik nanti.

“Kami akan pasti mereka mendapat latihan dan diberikan SOP (Kaedah Operasi Standard) bagaimana cara menjalankan tugas dan memberikan khidmat selepas terpilih,” katanya dalam dialog dengan penduduk di Bachok malam tadi.

Menurut Husam, selepas ia dilakukan, tidak akan berbangkit lagi wakil rakyat PH tidak pandai menjalankan tugasnya.

“Kita juga akan memberikan mereka latar belakang yang jelas tentang rakyat mereka. Misalnya di Bachok ini, wakil rakyat akan diberi faham tentang tugas dan kerja sebagai nelayan dan petani yang banyak menjadi mata pencarian penduduk kawasan ini.

“Jadi apabila mereka berkhidmat tidak berbangkit lagi apa yang mereka hendak lakukan kepada rakyat mereka,” katanya.

Husam juga berkata, di peringkat negeri, beliau akan memberikan tumpuan kepada menjaga kebersihan dan keindahan selain mempastikan pertumbuhan ekonomi yang baik.

“Kita mahu bandar kita umpama taman-taman di syurga yang ada pokok dan bunga dengan lanskap yang baik serta mengalir di sana sungai-sungai yang jernih,” kata beliau dalam majlis yang awal selepas beliau diumumkan sebagai Pengerusi PH Kelantan.

Husam juga telah dilantik sebagai bendahari PH dalam mesyuarat Majlis Presiden PH minggu lalu.

Menurut Husam, sekarang ini beliau sendiri sedang kembangkan tiga projek perintis untuk Kelantan.

“Saya sedang buat kajian tentang alat penjimat bahan api yang kini mendapat maklum balas yang positif,” katanya mempertahankan ujian yang beliau buat tentang penggunaan alat itu.

Beliau juga sedang memperkenalkan sejenis rumput untuk makanan lembu, kambing serta ternakan lain yang kaya dengan protin dan berkalori tinggi.

Di samping itu, beliau juga memperkenalkan projek ‘Wan Kembang’ atau One Blossom untuk mengindahkan bandar Kota Bharu dengan bunga bungaan.

“Jika kita tidak menang pun, kita harap anak muda mendapat ilmu dari apa yang kita buat untuk menjadikan bandar kita umpama taman-taman syurga,” kata Husam.




Demikianlah Artikel Semua wakil rakyat PH akan diberi latihan selepas menang, kata Husam beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Semua wakil rakyat PH akan diberi latihan selepas menang, kata Husam beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semua wakil rakyat PH akan diberi latihan selepas menang, kata Husam beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/semua-wakil-rakyat-ph-akan-diberi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :