Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong beritamalay3.blogspot.com

Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong beritamalay3.blogspot.com
link : Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong beritamalay3.blogspot.com

 
Jurutera Jabatan Kerja Raya menasihatkan jemaah tidak menggunakan ruangan solat buat sementara waktu kerana bimbang kubah Masjid Az-Zahra yang condong ke kiri akan runtuh.


Masjid-Az-Zahra

SEREMBAN: Beberapa siling Masjid Az-Zahra di Bandar Springhill, Port Dickson dilaporkan runtuh awal pagi tadi, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Penguasa Kanan II Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Abd Rahim Atan berkata, kejadian itu disedari jemaah masjid sejurus selesai solat subuh.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada 8.54 pagi dan mengerahkan 6 anggota ke lokasi kejadian. Sejurus sampai, dari luar masjid kami dapati kubahnya condong ke kiri, manakala separuh daripada genting masjid terjungkit. Di ruangan solat pula, kami dapati beberapa keping siling masjid runtuh.

“Jadi, tindakan segera yang diambil adalah memaklumkan pengerusi masjid yang ruangan solat itu tidak selamat digunakan jemaah buat sementara waktu kerana kami bimbang kubah masjid tersebut runtuh,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, kes itu bagaimanapun diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyiasat punca kejadian.

Ahli jawatankuasa masjid berkenaan, Khairi Salleh berkata, kejadian itu berlaku ketika jemaah menunaikan solat subuh pada rakaat pertama.

“Ketika itu saya terdengar bunyi sangat kuat di belakang kami seperti bunyi mercun. Kami bagaimanapun terus menghabiskan solat dan kemudiannya melihat beberapa keping siling masjid runtuh.

“Pihak JKR menghantar jurutera untuk memeriksa keadaan dan mendapati kubah masjid itu condong 1.5 kaki ke kiri bangunan.

“Beliau menasihatkan ruangan solat itu tidak digunakan sementara sebelum ia diperbaiki,” katanya.



Demikianlah Artikel Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siling masjid di Port Dickson runtuh, kubah condong beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/siling-masjid-di-port-dickson-runtuh.html

Subscribe to receive free email updates: