Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan beritamalay3.blogspot.com

Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan beritamalay3.blogspot.com
link : Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan beritamalay3.blogspot.com




Tidak ada sebab mengapa rakyat Malaysia miskin atau merempat sebaliknya ada pihak tertentu memberikan maklumat salah untuk mengelirukan rakyat, kata Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.
Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu ada banyak peluang terhidang di negara ini.
Justeru katanya tiada sebab untuk rakyat Malaysia menjadi miskin kecuali individu terbabit sendiri mahu hidup begitu.
"Saya tak tahulah, orang kata Malaysia ekonominya mundur, (ada) orang miskin.
"Salah semua (tu), mana ada kita merempat, hutang macam Bangladesh... kita bukan macam Filipina.
"Ada orang mengelirukan rakyat," katanya semasa berucap di majlis penyampaian diploma Akademi 1Malaysia Entrepreneurship (1MeT) di Putrajaya hari ini.
Kalau orang itu miskin, kata Irwan, beliau berpendapat individu terbabit sendiri yang membuatkan keadaannya begitu.
"Kalau ada kaki, ada tangan, boleh jalan, (bolehlah) hidup di Malaysia," katanya
Untuk menjelaskan kenyataannya itu Irwan berkata ketika ini ada kira-kira empat juta rakyat asing hidup berniaga di Malaysia.
Antara kawasan utama mereka, katanya, ialah di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Orang Malaysia kuat makan
"Chow Kit tau? Kalau pergi Chow Kit dulu, orang kita (tempatan) yang berniaga, sekarang separuh daripada peniaga di Chow Kit itu orang Indonesia.
"Kalau orang Indonesia boleh hidup di Malasia, (sepatutnya) orang Malaysia lebih maju," katanya.
Pengerusi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global (Magic) itu turut memetik aktiviti pasal malam sebagai contoh keusahawanan yang baik.
Peniaga pasar malam, kata Irwan, menyediakan pelbagai jenis makanan dan orang ramai membelinya walau apa pun yang ditawarkan di pasaran.
"Kalau pergi pasal malam, penuh (dengan orang).... orang Malaysia ni kuat makan. Jual apa pun dia (pengguna) beli.
"(Misalnya) letak dalam satu (bahan dalam) minuman baru, bagi tahu kalau minum, badan jadi sihat, darah berjalan (lancar), semua berjalan, tak ada penyakit - terus orang beratur beli," katanya.
Beliau juga menamakan beberapa sudut perniagaan yang berpotensi diceburi rakyat negara ini supaya boleh lebih berjaya.
Antaranya kata Irwan ialah kelapa.
"Kelapa ini kerajaan nak promosi (sebagai) bahan bermanfaat untuk kesihatan.
"Kelapa dara, air kelapa - macam-macam. Kalau kelapa boleh dibuat produk, kawasan pertanian (milik) ayah, datuk, boleh buat bisnes kelapa yang bagus," katanya.


Demikianlah Artikel Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak ada sebab orang Malaysia miskin - Ketua Setiausaha Perbendaharaan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/tak-ada-sebab-orang-malaysia-miskin.html

Subscribe to receive free email updates: