Amalan 'kerusi tradisi' tidak lagi sesuai dalam BN - Penganalisis Politik beritamalay3.blogspot.com

Amalan 'kerusi tradisi' tidak lagi sesuai dalam BN - Penganalisis Politik beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amalan 'kerusi tradisi' tidak lagi sesuai dalam BN - Penganalisis Politik beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amalan 'kerusi tradisi' tidak lagi sesuai dalam BN - Penganalisis Politik beritamalay3.blogspot.com
link : Amalan 'kerusi tradisi' tidak lagi sesuai dalam BN - Penganalisis Politik beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Amalan 'kerusi tradisi' tidak lagi sesuai dalam BN - Penganalisis Politik beritamalay3.blogspot.com

Oleh Afiqah Mat Rozi
Post Pic
SHAH ALAM: Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bersedia berkompromi dalam soal agihan kerusi  bagi mengekalkan kemenangan dua pertiga gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.  
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berpandangan, tidak ada gunanya untuk berebut kerusi sekiranya ia gagal dipertahankan kelak, yang akhirnya hanya akan merugikan gabungan itu. 
Ujar Jeniri, strategi yang pernah diamalkan sebelum ini dengan menyerahkan kerusi kepada parti tertentu atas dasar kerusi tradisi, sudah tidak lagi sesuai.
“Saranan yang dikemukan Pengerusi BN itu, harus dipertimbangkan dengan wajar dan waras oleh pimpinan parti. Pemimpin parti komponen harus punya keupayaan untuk bersedia menerima saranan itu dgn membuka pintu hati mereka," katanya kepada Antarapos.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak ketika Taklimat Pemukiman Jentera BN semalam mengingatkan parti-parti komponen gabungan itu untuk bersikap toleransi dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya.
Peringatan itu disuarakan supaya gabungan parti-parti kerajaan itu mengekalkan kemenangannya pada PRU14 akan datang.
Dalam pada itu tambah Jeniri, sebagaimana yang ditekankan oleh Najib, parti-parti komponen harus belajar daripada apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak.
“Di Sarawak khususnya, soal pertukaran sedemikian adalah sesuatu yang biasa dan itu boleh dikatakan antara resepi, formula kejayaan BN di Sarawak.
“Saranan ini mungkin saja tidak begitu disenangi oleh peringkat akar umbi dan para penyokong parti, tapi menjadi tanggungjawab pemimpin parti komponen untuk menjelaskannya kepada pihak akar umbi,” katanya lagi.
Sebelum ini wujud pertikaian berhubung kerusi Parlimen Cameron Highland milik tradisi MIC, dengan  Parti Progresif Penduduk (MyPPP) selepas Presidennya, Tan Sri M. Kayveas menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan.
MIC bagaimanapun enggan menyerahkan kerusi itu dan tetap mahu meletakkan calon pada PRU14.
Kerusi Parlimen Cameron Highland kini disandang Datuk Seri G. Palanivel yang juga bekas Presiden MIC.


Demikianlah Artikel Amalan 'kerusi tradisi' tidak lagi sesuai dalam BN - Penganalisis Politik beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Amalan 'kerusi tradisi' tidak lagi sesuai dalam BN - Penganalisis Politik beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amalan 'kerusi tradisi' tidak lagi sesuai dalam BN - Penganalisis Politik beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/amalan-kerusi-tradisi-tidak-lagi-sesuai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :