"Bajet 2018": Najib, Penuhi Hasrat Rakyat Adalah "Cabaran" Terbesar beritamalay3.blogspot.com

"Bajet 2018": Najib, Penuhi Hasrat Rakyat Adalah "Cabaran" Terbesar beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk "Bajet 2018": Najib, Penuhi Hasrat Rakyat Adalah "Cabaran" Terbesar beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Bajet 2018": Najib, Penuhi Hasrat Rakyat Adalah "Cabaran" Terbesar beritamalay3.blogspot.com
link : "Bajet 2018": Najib, Penuhi Hasrat Rakyat Adalah "Cabaran" Terbesar beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


"Bajet 2018": Najib, Penuhi Hasrat Rakyat Adalah "Cabaran" Terbesar beritamalay3.blogspot.com

PUTRAJAYA: Cabaran terbesar dalam penyediaan Bajet 2018 adalah usaha untuk memenuhi jangkaan rakyat, dan sejauh mana ia dapat dipenuhi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam taklimat kepada editor media hari ini, Perdana Menteri berkata pasukan bajetnya berbincang dan bekerja keras dalam tempoh yang lama untuk menyediakan Bajet 2018 memandangkan semua pihak mempunyai harapan yang tinggi.
Najib mahu rakyat memahami matlamat bajet kerana ia mesti mencerminkan pengurusan ekonomi, kewangan dan fiskal negara yang kukuh.
Bajet 2018 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 3.30 petang esok.
“Ia pertama kali bermula pada 3.30 petang memandangkan Maghrib masuk pada 7 malam. Kami mahu memastikan ada masa untuk menunaikan solat Asar, dan tidak berpanjangan kepada waktu Maghrib.
“Kami tidak boleh mengubah waktu Maghrib namun masa pembentangan Bajet boleh ditukar,” katanya dan menambah ucapan beliau tidak terlalu panjang namun ada banyak perkara yang akan beliau perkatakan.
Bagi Najib, penyediaan Bajet 2018 merupakan satu lagi cabaran besar memandangkan apa sahaja yang beliau kata atau lakukan akan diterima dan diinterpretasi sebagai bajet pilihan raya.
Walaupun mudah untuk melabelnya begitu, Najib berkata kerajaan pada hakikatnya sentiasa konsisten dalam memperkenalkan projek-projeknya.
Malah, beliau berkata cadangan bajet pembangkang lebih populis.
“Bajet pembangkang bukan berasaskan fakta dan angka, dan akan menyebabkan ‘lubang besar’ dalam kewangan kerajaan. Mereka tidak mempunyai kepimpinan yang padu dan ini dicerminkan dalam cadangan bajet yang kurang kredibiliti dan konsistensi.
“Ini menunjukkan langkah mereka tidak populis sepenuhnya dan tidak dapat disokong dengan angka seperti hasil. Langkah yang dicadangkan juga tidak boleh dilaksanakan, dan oleh itu tidak sesuai,” kata Najib.
Mengenai bahagian saksama yang akan diperoleh pembangkang dalam Bajet 2018, beliau berkata ia merupakan tanggungjawab moral.
“Ada antaranya, sebagai contoh, bekalan air, sudah menjadi tanggungjawab moral kerajaan persekutuan untuk menyediakan bekalan air. Kita tidak boleh menafikan bekalan air bersih untuk rakyat hanya kerana kami tidak memerintah negeri. Malah ada lebuh raya yang melalui negeri-negeri pakatan pembangkang.
“Kami mahu membuktikan kami bertanggungjawab dan ada masanya kami mahu melangkaui politik. Kami perlu memenuhi obliasi moral sebagai kerajaan,” kata Perdana Menteri. #sumber


Demikianlah Artikel "Bajet 2018": Najib, Penuhi Hasrat Rakyat Adalah "Cabaran" Terbesar beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel "Bajet 2018": Najib, Penuhi Hasrat Rakyat Adalah "Cabaran" Terbesar beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Bajet 2018": Najib, Penuhi Hasrat Rakyat Adalah "Cabaran" Terbesar beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/bajet-2018-najib-penuhi-hasrat-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :