Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500 beritamalay3.blogspot.com

Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500 beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500 beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500 beritamalay3.blogspot.com
link : Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500 beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500 beritamalay3.blogspot.com

Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilyani W. M. Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Khabar gembira kepada penjawat awam.
 
Kerajaan hari ini mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada golongan itu bermula tahun hadapan dengan bayaran kali pertama iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
 
"Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara Kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018, dan RM250  lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
 
Selain bayaran khas itu, Najib turut mengumumkan 12 lagi 'khabar gembira' bagi menghargai sumbangan para penjawat awam, iaitu:
 
1) Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama; 
 
2) Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan, akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib;
 
3) Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan;
 
4) Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun;
 
5) Kerajaan buat pertama kalinya, bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah;
 
6) Untuk memberi fleksibiliti, Kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang;
 
7) Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun, serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi;
 
8) Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam. 
 
9) Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun;
 
10) Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house;
 
11) Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1,000  sebulan melibatkan lebih 50 ribu pesara awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan
 
12) Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan.
 
Kesemua langkah di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.
 
 


Demikianlah Artikel Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500 beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500 beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bajet 2018: Penjawat awam dapat RM1,500 beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/bajet-2018-penjawat-awam-dapat-rm1500.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :