Bersih 2.0 cari 3,000 sukarelawan pantau PRU14 beritamalay3.blogspot.com

Bersih 2.0 cari 3,000 sukarelawan pantau PRU14 beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bersih 2.0 cari 3,000 sukarelawan pantau PRU14 beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bersih 2.0 cari 3,000 sukarelawan pantau PRU14 beritamalay3.blogspot.com
link : Bersih 2.0 cari 3,000 sukarelawan pantau PRU14 beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Bersih 2.0 cari 3,000 sukarelawan pantau PRU14 beritamalay3.blogspot.com



Badan pemantau pilihan raya itu menyasarkan 3,000 sukarelawan dan 100 penyelaras bagi 29 zon di seluruh negara.


Pemantau-Bersih3

KUALA LUMPUR: Badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 hari ini melancarkan kempen “Pemantau” untuk memudahkan rakyat melaporkan amalan luar biasa dan penipuan sebelum dan semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Badan itu yang ditubuhkan pada 2013 adalah gabungan NGO Bersih 2.0, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat Komas).

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menggesa rakyat yang belum dan pernah menawarkan diri untuk kempen Pemantau sebelum ini, tampil membantu mereka memperjuangkan pilihan raya yang bersih.

Katanya, Bersih 2.0 menyasarkan 3,000 sukarelawan dan 100 penyelaras bagi 29 zon di seluruh negara.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di http://ift.tt/2gUQMHW.

“Kami betul-betul mahu 3,000 rakyat biasa itu kembali membantu kami dengan Pemantau dan ramai lagi orang awam kerana PRU14 adalah pilihan raya yang sangat penting.

“Kami mencabar mereka (Suruhanjaya Pilihan Raya) dalam persempadanan semula, senarai daftar pengundi dan isu pendaftaran pengundi.

“Kami rasa pilihan raya kali ini mungkin berlaku penipuan besar,” katanya selepas pelancaran Pemantau di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, setiap rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab bukan sahaja dalam menjalankan hak mengundi mereka, tetapi juga memastikan pilihan raya bersih dan adil.

Beliau berkata, 5 tahun selepas pilihan raya terdahulu, proses pilihan raya masih dibelenggu penipuan dan salah laku.

Ini kerana, katanya, SPR dan kerajaan enggan membuat perubahan positif, sebaliknya memburukkan lagi keadaan.

Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, fokus NGO itu adalah memantau laporan mengenai pencabulan hak asasi manusia dan juga keganasan politik.

Beliau berkata, intimidasi dan keganasan selalunya berlaku ketika tempoh berkempen, dan pihaknya mencatat kes keganasan politik tertinggi pada PRU13.

“Keganasan tidak patut berlaku terhadap mana-mana calon kerana mereka berhak berkempen.”
Sementara itu, Pusat Komas akan memantau laporan berkaitan isu perkauman.



Demikianlah Artikel Bersih 2.0 cari 3,000 sukarelawan pantau PRU14 beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Bersih 2.0 cari 3,000 sukarelawan pantau PRU14 beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bersih 2.0 cari 3,000 sukarelawan pantau PRU14 beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/bersih-20-cari-3000-sukarelawan-pantau.html

Subscribe to receive free email updates: