Dr Kassim Ahmad meninggal dunia beritamalay3.blogspot.com

Dr Kassim Ahmad meninggal dunia beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dr Kassim Ahmad meninggal dunia beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Kassim Ahmad meninggal dunia beritamalay3.blogspot.com
link : Dr Kassim Ahmad meninggal dunia beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Dr Kassim Ahmad meninggal dunia beritamalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Penulis buku dan aktivis yang pernah didakwa menghina Islam, Dr Kassim Ahmad meninggal dunia pagi tadi.
 
Kassim, 84, meninggal dunia di Hospital Kulim selepas terlantar dalam keadaan koma.
 
Allahyarham menjalani rawatan untuk jangkitan paru-paru dan injap jantung tersumbat pada 16 September.
 
Beliau merupakan antara aktivis sosialis di Malaysia, dan pernah memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia bersama Dr Syed Hussin Ali, lama sebelum parti itu bergabung dengan Parti Keadilan Nasional untuk menjadi PKR.
 
Beliau juga pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 5 tahun (1976-1981).
 
Kassim terkenal dengan karya “Hadis: Satu Penilaian Semula”, sebuah kajian kritikal ke atas kewibawaan hadis sebagai sumber Islam, yang diharamkan kerajaan pada 1986.
 
Pada 2014, Kassim didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya kerana kenyataan pada sebuah seminar mengenai gagasannya yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
 
Pada 7 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah membebaskan dan melepaskan Kassim selepas mengarahkan tuduhan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ditarik balik, selepas pihak pendakwaan meminta kes terhadap cendekiawan itu ditangguhkan kerana ketua pendakwaraya syariah belum dilantik.
 
Beliau turut berjaya mendapatkan pengisytiharan dari mahkamah sivil yang tindakan Jawi menahan dan mendakwanya sebagai di luar bidang kuasa agensi itu dan Perlembagaan Persekutuan.
 
 


Demikianlah Artikel Dr Kassim Ahmad meninggal dunia beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Dr Kassim Ahmad meninggal dunia beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Kassim Ahmad meninggal dunia beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/dr-kassim-ahmad-meninggal-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :