Dua lagi ditahan bantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM beritamalay3.blogspot.com

Dua lagi ditahan bantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dua lagi ditahan bantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua lagi ditahan bantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM beritamalay3.blogspot.com
link : Dua lagi ditahan bantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Dua lagi ditahan bantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM beritamalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
IPOH: Polis menahan dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Jumaat lepas.
 
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan mengesahkan, dua lagi anggota TLDM turut dirawat di Hospital Manjung kerana mengalami kecederaan yang hampir sama dengan dua anggota yang meninggal dunia.
 
Penahanan itu menjadikan lima anggota TLDM ditahan setakat ini ekoran kematian Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, dipercayai didera.
 
“Kita sedang membuat siasatan forensik pada hari ini dan kita akan membuat juga siasatan forensik terhadap kamera CCTV yang kita rampas.
 
“Pasukan daripada Bukit Aman bersama-sama sedang membantu dan menjalankan siasatan bersama-sama dengan JSJ Perak,” katanya memetik laporan Astro Awani.
 
Semalam Mahkamah Majistret Manjung mengenakan tahanan reman selama tujuh hari terhadap tiga anggota TLDM bagi membantu siasatan kes kematian Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailatuiman selepas kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika menjalani latihan semasa ditahan di bilik tahanan unit stesen tersebut. 
 
Majistret Nur Shaqira Ibrahim membenarkan penahanan reman itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.  
 
Hasil bedah siasat pada pukul 11.30 malam Sabtu mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah disebabkan oleh pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul. 
 
Sehubungan itu, polis mengklasifikasi kejadian tersebut sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.
 
 


Demikianlah Artikel Dua lagi ditahan bantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Dua lagi ditahan bantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua lagi ditahan bantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/dua-lagi-ditahan-bantu-siasatan-kes.html

Subscribe to receive free email updates: