Hisham: ATM bakal terima lebih 20 aset dari Bajet 2018 beritamalay3.blogspot.com

Hisham: ATM bakal terima lebih 20 aset dari Bajet 2018 beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hisham: ATM bakal terima lebih 20 aset dari Bajet 2018 beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hisham: ATM bakal terima lebih 20 aset dari Bajet 2018 beritamalay3.blogspot.com
link : Hisham: ATM bakal terima lebih 20 aset dari Bajet 2018 beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Hisham: ATM bakal terima lebih 20 aset dari Bajet 2018 beritamalay3.blogspot.com

MALAYSIAKINI



BAJET 2018 I Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima perolehan lebih 20 aset baharu menerusi Bajet 2018, yang diumumkan semalam, bagi meningkatkan kesiapsiagaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau bersyukur dan terharu dengan peruntukan berjumlah RM14 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan kerajaan meluluskan apa yang dipohon Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"TDM bakal menerima perolehan aset baharu merangkumi enam Light Attack Helicopter (MD 530-G), meriam 155mm Self Propelled Howitzer, meriam 105mm Pack Howitzer dan peralatan khas bagi Gerup Gerak Khas (GGK).

"Perolehan aset dan kelengkapan latihan GGK ini penting bagi meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani ancaman keselamatan semasa terutamanya ancaman militan Daesh," katanya.
 Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan Task Force Agenda Pendidikan Sembrong (TAPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Paloh di Kluang, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata TLDM pula bakal menerima kapal membabitkan enam Littioral Combat Ship (LCS) dan empat Littioral Mission Ship (LMS) yang masing-masing masih dalam proses pembinaan selain merancang memperoleh kapal kelas kelima Multi Role Support Ship (MRSS) di bawah Program Transformasi 15-to-5.

Bagi TUDM, katanya, kerajaan meluluskan perolehan empat unit pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang akan digunakan untuk mengawasi perairan negara termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka di bawah program Malacca Straits Patrol.

Menurutnya peruntukan Bajet 2018 juga akan digunakan untuk memperkukuh tahap keselamatan di Sabah dan Sarawak dengan sebanyak RM22 juta akan digunakan bagi menaik taraf pos kawalan sedia ada serta membina 18 pos kawalan baru di sempadan Sabah/Sarawak dengan Kalimantan.

"Penaiktarafan ini melibatkan lima pos kawalan sedia ada yang akan dinaik taraf menjadi pos gabungan iaitu dua di Sabah (Pos Saliliran dan Pos Serudong) serta tiga di Sarawak (Pos Kandie, Pos Tebedu dan Pos Serikin)," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Bajet 2018 bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50’ dengan cadangan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata beliau akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi malam ini untuk menghadiri perbincangan mengenai pemulihan semula Yemen dan misi kemanusiaan ATM di wilayah bergolak itu.

Beliau berkata Malaysia adalah antara beberapa negara yang dijemput kerajaan Arab Saudi untuk menghadiri perbincangan sehari itu esok.

"Perbincangan ini akan dipimpin Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammad Salman. Perjumpaan ini berhubung kait kedudukan Yemen.

"Semua maklum bahawa sumbangan kita ialah menyediakan anggota misi kemanusiaan dan kita hendak lihat bagaimana kita bersama-sama negara lain mencari jalan penyelesaian," katanya. -Bernama



Demikianlah Artikel Hisham: ATM bakal terima lebih 20 aset dari Bajet 2018 beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Hisham: ATM bakal terima lebih 20 aset dari Bajet 2018 beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hisham: ATM bakal terima lebih 20 aset dari Bajet 2018 beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/hisham-atm-bakal-terima-lebih-20-aset.html

Subscribe to receive free email updates: