Isu ciplak bajet tak timbul, PH makin panik - penganalisis [TONTON VIDEO] beritamalay3.blogspot.com

Isu ciplak bajet tak timbul, PH makin panik - penganalisis [TONTON VIDEO] beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu ciplak bajet tak timbul, PH makin panik - penganalisis [TONTON VIDEO] beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu ciplak bajet tak timbul, PH makin panik - penganalisis [TONTON VIDEO] beritamalay3.blogspot.com
link : Isu ciplak bajet tak timbul, PH makin panik - penganalisis [TONTON VIDEO] beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Isu ciplak bajet tak timbul, PH makin panik - penganalisis [TONTON VIDEO] beritamalay3.blogspot.com

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) akan membangkang apa jua tawaran kerajaan yang diumumkan menerusi Bajet 2018 beberapa hari lalu, kerana mereka sedang 'panik' untuk meyakinkan rakyat dalam mendepani pilihan raya umum tidak lama lagi. 
 
Ini termasuklah menguar-uarkan kepada rakyat bahawa Bajet 2018 adalah gula-gula Barisan Nasional (BN), malah menuduh ianya bajet yang tidak bertanggungjawab lantaran peruntukan untuk belanja pembangunan yang rendah berbanding nisbah yang ditawarkan PH menerusi Belanjawan Alternatif.    
 
Selain itu, PH juga mendakwa BN menciplak idea mereka khususnya mengenai penghapusan tol dan cuti bersalin.  
 
Penganalisis politik, Edwin Michael berpendapat, tidak timbul soal siapa menciplak siapa, kerana adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat.
 
"Sebagai sebuah kerajaan yang diberi mandat penuh oleh rakyat dalam pilihan raya lepas, adalah tanggungjawab kerajaan untuk jaga kebajikan rakyat.
 
"Dan salah satu cara untuk menjaga kebajikan rakyat adalah mementingkan aspek kebajikan sosio-ekonomi rakyat dan itu yang telah diterapkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam bajet yang dibentangkan baru-baru ini," katanya kepada Antarapos.
 
Pensyarah kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) itu juga berkata, jika dibandingkan antara kedua-dua bajet, ternyata bajet yang dibentangkan perdana menteri lebih inklusif kerana mencakupi segenap lapisan umur dan masyarakat.      
 
"Kalau anda lihat bajet alternatif PH, mereka tak sebut (kebajikan) Orang Asli. Mereka hanya mahu tamatkan GST kepada kosong peratus, tapi mereka tak nyatakan secara langsung bagaimana untuk menampung perbelanjaan negara, dari mana pendapatan utama yang akan diperoleh untuk tampung perbelanjaan negara," ujarnya. 
 
PH pada Rabu lalu membentangkan belanjawan alternatif dengan mengitar janji lama untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), cukai yang mula dilaksanakan kerajaan pada 2015.
 
Belanjawan alternatif berjumlah RM258.52 bilion itu memberi peruntukan lebih tinggi bagi pembangunan, iaitu 23 peratus jika dibandingan Bajet 2018 yang memperuntukkan 17 peratus untuk belanja yang sama.   
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 hari ini terus mengkritik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dengan menyifatkan jumlah penerima bantuan itu yang semakin meningkat menunjukkan dasar ekonomi kerajaan gagal mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan.   
 
"Mereka tidak boleh menyerang lagi Najib terutamanya isu BR1M kerana belanjawan alternatif PH juga ada sebutkan tentang BR1M yang akan dikekalkan.
 
"Jadi apa yang dibuat oleh Najib adalah 'checkmate' kepada pembangkang. Dan mereka sekarang panik kerana mereka perlu yakinkan rakyat bahawa mereka lebih baik daripada kerajaan, dan mereka tawarkan yang lebih baik berbanding Bajet 2018," katanya.  
 
Tambah Edwin, pengumuman mengenai penghapusan tol di beberapa lokasi juga satu tamparan hebat kepada pembangkang.
 
"Isu penghapusan tol adalah kemenangan moral kepada Najib dan BN kerana ia isu yang sekian lama diperjuangkan pembangkang.
 
"Bila Najib umumkan penghapusan di empat tol, maka itu kemenangan moral kepada BN, dan ini tamparan hebat kepada pembangkang.
 
"Saat ini mereka tak ada isu untuk serang Najib, sebaliknya mereka bermain dengan nombor (figure) seperti 17 peratus daripada Bajet 2018 (untuk belanja pembangunan) tidak bersifat mengambil kira pendekatan rakyat," katanya lagi.
 
 
 


Demikianlah Artikel Isu ciplak bajet tak timbul, PH makin panik - penganalisis [TONTON VIDEO] beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Isu ciplak bajet tak timbul, PH makin panik - penganalisis [TONTON VIDEO] beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu ciplak bajet tak timbul, PH makin panik - penganalisis [TONTON VIDEO] beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/isu-ciplak-bajet-tak-timbul-ph-makin.html

Subscribe to receive free email updates: