Jagung hitam sesuai untuk golongan diabetes beritamalay3.blogspot.com

Jagung hitam sesuai untuk golongan diabetes beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jagung hitam sesuai untuk golongan diabetes beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jagung hitam sesuai untuk golongan diabetes beritamalay3.blogspot.com
link : Jagung hitam sesuai untuk golongan diabetes beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Jagung hitam sesuai untuk golongan diabetes beritamalay3.blogspot.com

DETIK DAILY


 
 
SERDANG: Penghidap diabetes yang menggemari jagung namun terpaksa menahan selera kerana kandungan gulanya yang tinggi kini mempunyai alternatif apabila jagung hitam atau waxy corn supreme, dikenal pasti sesuai untuk diet golongan itu.

Pengarah Bahagian Hortikurtur Jabatan Pertanian Malaysia, Abdul Daut berkata ini kerana baka jagung berwarna ungu kehitaman dengan nama saintifik Zea May itu adalah kurang manis berbanding baka jagung biasa bewarna kuning yang terdapat di pasaran tempatan.

Beliau berkata kadar kemanisan jagung hitam boleh disifatkan 'kurang banyak' jika dibandingkan dengan jagung lain sekali gus cukup sesuai untuk penghidap diabetes yang perlu mengawal pengambilan makanan manis dalam diet mereka
 
"Mengikut kajian perkiraan darjah kemanisan buah mengunakan alat 'Brixmeter', jagung kuning mempunyai tahap kemanisan mencecah 15 Brix (*brix merupakan unit sukatan kemanisan buah) berbanding jagung hitam yang hanya dalam kiraan sembilan hingga 10 Brix.

"Jagung hitam juga memiliki kadar antioksidan tinggi yang baik untuk kesihatan tubuh badan manusia," katanya ketika ditemui Bernama di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, di sini hari ini.

Tambahnya, tanaman jagung hitam lebih cepat matang dan masak berbanding jagung biasa dengan hasil boleh dituai dalam masa 60 hari berbanding baka lain yang memerlukan tempoh lebih lama iaitu antara 70 hingga 80 hari.

Bagaimanapun, Abdul berkata oleh kerana rasanya yang kurang manis, jagung hitam pada asasnya kurang mendapat permintaan dalam pasaran tempatan dan tidak dikomersialkan.

"Jagung hitam agak sukar didapati malah kurang dikenali di negara ini dan kebiasaanya hanya ditanam oleh orang persendirian di beberapa kawasan. Untuk baka yang dipamerkan di HPPNK ini kita peroleh dari Bukit Temiang, Perlis," katanya.

Bertemakan 'Makanan Kita, Masa Depan Kita', sambutan HPPNK 2017 yang bermula Khamis lalu membawa pelbagai komponen antaranya Empayar Makanan, Ternakan Malaysia dan juga komponen terbaharu iaitu Festival Makanan Malaysia 2017. -- BERNAMA



Demikianlah Artikel Jagung hitam sesuai untuk golongan diabetes beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Jagung hitam sesuai untuk golongan diabetes beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jagung hitam sesuai untuk golongan diabetes beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/jagung-hitam-sesuai-untuk-golongan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :