Jamal dibebas awal, rancang protes aiskrim Rabu ini beritamalay3.blogspot.com

Jamal dibebas awal, rancang protes aiskrim Rabu ini beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jamal dibebas awal, rancang protes aiskrim Rabu ini beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jamal dibebas awal, rancang protes aiskrim Rabu ini beritamalay3.blogspot.com
link : Jamal dibebas awal, rancang protes aiskrim Rabu ini beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Jamal dibebas awal, rancang protes aiskrim Rabu ini beritamalay3.blogspot.com

Jamal yang dilepaskan di Shah Alam kira-kira jam 7.30 malam semalam berkata Bangunan SUK sekali lagi akan menjadi tempat protes tetapi kali ini membabitkan aiskrim.
 
 
jamal-yunos-dibebaskan-malaysia


PETALING JAYA: Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang dilepaskan oleh polis sehari lebih awal sebelum remannya berakhir, mahu mengadakan protes “makan aiskrim” Rabu ini.

Jamal yang dilepaskan di ibu pejabat polis daerah Shah Alam kira-kira jam 7.30 malam semalam berkata Bangunan SUK sekali lagi akan menjadi tempat protes tetapi kali ini membabitkan aiskrim.

“Bantahan yang akan saya jalankan adalah tidak ganas. Kami akan membantah di (bangunan) SUK dengan makan aiskrim,” kata beliau dipetik New Straits Times.

Pemimpin Baju Merah itu ditahan awal pagi kelmarin berikutan tindakan memecahkan botol arak di pintu masuk Bangunan SUK di Shah Alam sehari sebelum itu sebagai tindakan membantah pesta arah yang dijadual diadakan di Selangor.

“Tidak ada yang akan menghentikan kami. Walaupun saya digari dan ditahan kerana protes sebelum ini, ia tidak akan menghalang saya daripada menentang mana-mana pesta arak di Selangor,” katanya.

Pengerusi Badan Gabungan NGO Malaysia berkata beliau gembira telah dibebaskan awal dengan jaminan bersama 7 yang lain.

Jamal berkata beliau dibebaskan awal kerana polis telah menyelesaikan siasatan mereka.

Beliau berkata aksi memecah botol arak bertujuan menunjukkan bahawa minum arak adalah tidak baik.

Tambah beliau, protes itu juga merupakan mesej kepada kerajaan negeri untuk berhenti memberi kelulusan kepada acara berkaitan alkohol.



Demikianlah Artikel Jamal dibebas awal, rancang protes aiskrim Rabu ini beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Jamal dibebas awal, rancang protes aiskrim Rabu ini beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jamal dibebas awal, rancang protes aiskrim Rabu ini beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/jamal-dibebas-awal-rancang-protes.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :