Nazri: Tindakan pada Jho Low, hanya jika kesalahan dibuat di Malaysia beritamalay3.blogspot.com

Nazri: Tindakan pada Jho Low, hanya jika kesalahan dibuat di Malaysia beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nazri: Tindakan pada Jho Low, hanya jika kesalahan dibuat di Malaysia beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri: Tindakan pada Jho Low, hanya jika kesalahan dibuat di Malaysia beritamalay3.blogspot.com
link : Nazri: Tindakan pada Jho Low, hanya jika kesalahan dibuat di Malaysia beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Nazri: Tindakan pada Jho Low, hanya jika kesalahan dibuat di Malaysia beritamalay3.blogspot.com

MALAYSIAKINI


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata hari ini bahawa Malaysia hanya boleh bertindak ke atas ahli perniagaan berkaitan 1MDB Jho Low jika beliau melakukan sebarang kesalahan di bawah undang-undang negara.

"Jadi saya juga ingin tahu apa kesalahan yang dilakukan beliau di Malaysia," kata Nazri apabila mengulas soalan berhubung pendirian kerajaan yang tidak ada kes untuk diteruskan terhadap Low di Malaysia.

Hal ini meskipun siasatan berkaitan masih dijalankan oleh berbagai pihak berkuasa negara luar mengenai kes berkenaan 1MDB dan Low.

"Selama ini (bekas perdana menteri Dr) Mahathir (Mohamad) bertanyakan tentang seluruh dunia tahu mengenai Jho Low dan dakwaan kesalahannya, tetapi hanya Malaysia saja yang tidak tahu.

"Kesemua kesalahan ini, jika ada, dilakukan di luar negara. Jadi biarlah kerajaan luar negara dan pihak berkuasanya mengambil tindakan terhadap beliau," bekas menteri undang-undang itu memberitahu sidang akhbar di studio animasi Les' Copaque di Shah Alam.



"Beritahu kami apa kesalahan yang dilakukan beliau di Malaysia.

"Saya pasti jika beliau telah melakukan sebarang kesalahan di negara ini, di bawah undang-undang kita, maka kita akan ambil tindakan," tambah Nazri lagi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin lalu mendedahkan pihak polis telah menutup siasatan terhadap Low, manakala menafikan laporan bahawa Malaysia sedang memohon bantuan daripada Interpol bagi mencari ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu.

Pada Selasa lalu pula, Zahid mengulang kenyataan awal beliau apabila ditanya untuk mengesahkan pendiriannya tetapi beliau enggan mengesahkan sama ada Pejabat Peguam Negara telah memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut terhadap kes itu.

Keberadaan Low masih tidak diketahui. Beliau berkait secara rapat dengan skandal 1MDB yang menyaksikan berbilion ringgit dana didakwa telah diselewengkan oleh beberapa individu.

Low telah menafikan dakwaan terhadap dirinya.




Demikianlah Artikel Nazri: Tindakan pada Jho Low, hanya jika kesalahan dibuat di Malaysia beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Nazri: Tindakan pada Jho Low, hanya jika kesalahan dibuat di Malaysia beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri: Tindakan pada Jho Low, hanya jika kesalahan dibuat di Malaysia beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/nazri-tindakan-pada-jho-low-hanya-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :