PSM tidak bimbang berdepan saingan BN, PH dan PAS dalam PRU14 - Mohd Nasir beritamalay3.blogspot.com

PSM tidak bimbang berdepan saingan BN, PH dan PAS dalam PRU14 - Mohd Nasir beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PSM tidak bimbang berdepan saingan BN, PH dan PAS dalam PRU14 - Mohd Nasir beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PSM tidak bimbang berdepan saingan BN, PH dan PAS dalam PRU14 - Mohd Nasir beritamalay3.blogspot.com
link : PSM tidak bimbang berdepan saingan BN, PH dan PAS dalam PRU14 - Mohd Nasir beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


PSM tidak bimbang berdepan saingan BN, PH dan PAS dalam PRU14 - Mohd Nasir beritamalay3.blogspot.com

Oleh Syed Muaz Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM:  Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak bimbang sekiranya terpaksa berdepan saingan empat penjuru di kerusi yang ditandingi parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
Pengerusinya Dr Mohd Nasir Hashim berkata meskipun PSM tidak dilihat sebagai sebuah parti utama namun ia mempunyai kekuatan tersendiri terutama di kawasan-kawasan yang pernah ditandingi dan dimenangi dalam pilihan raya umum sebelum ini.
 
Beliau menambah PSM akan bertanding di kawasan di mana parti itu “sekian lama menjalankan kegiatan dan memiliki sokongan akar umbi”.
 
"Yang lebih penting kita akan bertanding dan kita bertanding di tempat yang kita pernah buat kerja," katanya kepada Antarapos.
 
Menyedari saingan serta risiko yang bakal dihadapi pada PRU14, Mohd Nasir berkata PSM juga tidak menolak kemungkinan akan bertembung dengan Pakatan Harapan (PH) di beberapa kerusi di Selangor.
 
"Menang dan kalah itu lumrahlah tapi kita nak lihatlah kalau kita bertanding di tempat yang kita pernah buat kerja.
 
"Kalau kita kalah kita nak tahulah kenapa kita kalah tapi kita akan kaji balik dengan mengadakan post-mortem," katanya.
 
PSM juga katanya mensasarkan untuk bertanding lebih banyak kerusi pada PRU14 termasuk di Pahang dan juga Kelantan.
 
"Memanglah kali ini kita bertanding di banyak tempat tapi jumlah keseluruhannya tidak sampai tiga peratus pun.
 
"Yang nak pergi ke Putrajaya bukan kita, jadi yang selebihnya Pakatan Harapan nak bertanding terpulang kepada merekalah," katanya.
 
Untuk rekod tsunami politik pada 2008 telah meletakkan Dr Jeyakumar sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput dan Mohd Nasir sebagai ADUN di Kota Damansara.
 
PSM kini menyandang kerusi Parlimen Sungai Siput yang dimenangi Jeyakumar atas tiket PKR pada PRU13 namun di kerusi DUN Kota Damansara Mohd Nasir tewas selepas pertembungan tiga penjuru disebabkan kehadiran calon PAS.
 
Difahamkan selain empat kerusi yang ditandinginya pada PRU13 iaitu Sungai Siput, Kota Damansara, Jelapang dan Semenyih, PSM turut disebut-sebut akan meletakkan calon di Parlimen Subang, Batu Gajah dan Cameron Highlands.
 
Mahu beri laluan kepada calon muda
 
Dalam pada itu, bekas ADUN Kota Damansara itu juga sedang mempertimbangkan untuk tidak bertanding di kerusi berkenaan pada PRU14 sekali gus berundur daripada pentas pertandingan itu.
 
Ujarnya, keputusan itu bertujuan bagi memberi peluang kepada muka baru seterusnya membantu membentuk generasi pemimpin muda terutama dalam parti itu.
 
"Sebenarnya kita ada beberapa calon, kita tak umumkan lagi. Kita juga nak dedahkan kepada pemimpin muda untuk bertanding dan seterusnya.
 
"Jadi pada saya sama ada saya bertanding atau tidak bertanding sebenarnya tidak menjadi isu kerana saya akan ada di sana juga," katanya.
 
Mohd Nasir berkata beliau akan memperkenalkan calon muka baru yang akan menggantikannya di kerusi DUN Kota Damansara sekiranya memutuskan untuk tidak kembali bertanding selepas gagal mempertahankan kedudukan selaku wakil rakyat pada pilihan raya umum 2013.
 
Beliau berkata sebagai pemimpin senior beliau perlu bersedia memberi laluan kepada calon muda untuk meneruskan agenda perjuangan parti itu.
 
"Kita pun memikirkan dari segi kesinambungan kepimpinan, itu yang kita buat sekarang ini.
 
"Hari yang dekat PRU14 nanti barulah kita umumkan siapa yang akan bertanding," katanya.
 
Mengulas lanjut Mohd Nasir berkata situasi itu juga menunjukkan PSM sentiasa melakukan proses 'peremajaan parti' sebagai langkah untuk meneruskan kesinambungan perjuangannya.
 
"Saya memang pertimbangkan bukan tidak pertimbangkan, memang itu tugas kita untuk mendapatkan orang baru dan semangat baru kerana ini adalah perjuangan, tiada apa yang nak berseorangan.
 
"Kita kena fikirkan kesinambungan, siapa yang layak, adakah mereka berpengalaman dan apakah yang telah mereka lakukan," katanya.
 
Katanya, pemimpin muda perlu diberi laluan untuk bertanding dan memberikan khidmat kepada rakyat terutamanya dalam berhadapan dengan PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang.
 
"Itu semua kita akan ambil kira, dari segi itu bila dah penghujung kita akan pastikan sama ada saya nak bertanding, orang saya akan bertanding atau terpulang bagaimana nanti.
 
"Kita ada jawatankuasa yang akan menentukan," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel PSM tidak bimbang berdepan saingan BN, PH dan PAS dalam PRU14 - Mohd Nasir beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel PSM tidak bimbang berdepan saingan BN, PH dan PAS dalam PRU14 - Mohd Nasir beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PSM tidak bimbang berdepan saingan BN, PH dan PAS dalam PRU14 - Mohd Nasir beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/psm-tidak-bimbang-berdepan-saingan-bn.html

Subscribe to receive free email updates: