[SKIM KERAJAAN NEGERI] Kenapa gambar ADUN PAS pada sampul skim Peduli Sihat Selangor? beritamalay3.blogspot.com

[SKIM KERAJAAN NEGERI] Kenapa gambar ADUN PAS pada sampul skim Peduli Sihat Selangor? beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [SKIM KERAJAAN NEGERI] Kenapa gambar ADUN PAS pada sampul skim Peduli Sihat Selangor? beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [SKIM KERAJAAN NEGERI] Kenapa gambar ADUN PAS pada sampul skim Peduli Sihat Selangor? beritamalay3.blogspot.com
link : [SKIM KERAJAAN NEGERI] Kenapa gambar ADUN PAS pada sampul skim Peduli Sihat Selangor? beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


[SKIM KERAJAAN NEGERI] Kenapa gambar ADUN PAS pada sampul skim Peduli Sihat Selangor? beritamalay3.blogspot.com


Juwairiya melalui laman sosial Facebooknya sebelum ini memuat naik gambar beberapa keping sampul surat yang tertera logo dan tulisan Skim Peduli Sihat. 

Namun, pada sampul terbabit turut tertera gambar ADUN Sabak itu bersama logo PAS sedangkan skim terbabit merupakan program kerajaan negeri dan bukannya parti politik yang diwakili Sallehen. 

Sampul tersebut dipercayai mengandungi borang dan kad skim berkenaan. 

Oleh demikian, Juwairiya menegaskan tindakan Sallehen itu jelas memperlihatkan sikap tidak profesional beliau dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat. 

"Saya menyatakan rasa kecewa saya pada ADUN tersebut yang tidak hormat dan tidak bersikap profesional dalam melaksanakan tugas yang mewakili kerajaan negeri di kawasan tersebut," kata Juwairiya kepada Malaysiakini. 

Menurut Juwairiya, Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak seharusnya berbuat demikian. 

"Program negeri harus ditonjolkan kerajaan negeri bukan parti politik yang diwakili. 

"Kerana ADUN mewakili seluruh rakyat, mewakili negeri tanpa lihat latar belakang politik yang dinaunginya (orang yang mereka berkhidmat)," tegas Juwairiya. 

Oktober tahun lalu kerajaan negeri Selangor memperkenalkan skim kesihatan percuma untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam belanjawannya bagi tahun 2017. 

Digelar 'Skim Peduli Sihat' atau skim perlindungan perubatan dan kesihatan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata, langkah itu diambil untuk menangani kos sara hidup yang dihadapi kumpulan berkenaan. 

Mereka yang dilahirkan dalam Selangor atau menetap di negeri itu lebih 10 tahun layak menyertai skim ini, katanya semasa membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Undangan Negeri hari ini. 

Skim ini akan diuruskan oleh pentadbir jagaan kesihatan pihak ketiga Selgate Corporation, yang akan membiayai rawatan kesihatan asas sebanyak RM500 setahun untuk setiap keluarga yang layak. 

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas Sallehen dan pejabat MB Selangor berhubung perkara tersebut.


Demikianlah Artikel [SKIM KERAJAAN NEGERI] Kenapa gambar ADUN PAS pada sampul skim Peduli Sihat Selangor? beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel [SKIM KERAJAAN NEGERI] Kenapa gambar ADUN PAS pada sampul skim Peduli Sihat Selangor? beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [SKIM KERAJAAN NEGERI] Kenapa gambar ADUN PAS pada sampul skim Peduli Sihat Selangor? beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/skim-kerajaan-negeri-kenapa-gambar-adun.html

Subscribe to receive free email updates: