Judul : Bajet 2018 bukan kurniaan kerajaan kepada rakyat beritamalay3.blogspot.com
link : Bajet 2018 bukan kurniaan kerajaan kepada rakyat beritamalay3.blogspot.com
Bajet 2018 bukan kurniaan kerajaan kepada rakyat beritamalay3.blogspot.com
10 Safar 1439H, Isnin – Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu, telah disalah tafsir sehingga menampakkan ianya adalah pemberian kerajaan kepada rakyat.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, bajet tahunan negara tidak wajar dipersembahkan sebegitu.
“Ia seolah-olah seperti anugerah, pemberian atau kurniaan kerajaan kepada rakyat.
“Ia bukan sekadar salah maksud, tetapi membuka pintu penyelewengan, mendabik dada pada bukan yang hak, bahkan membawa keangkuhan beraksi seperti Tuhan.
“Dia menganggap duit amanah itu seolah-olah sudah menjadi duit dia sendiri,” katanya ringkas dalam satu kenyataan, hari ini.
Najib ketika pembentangan menganggap Bajet 2018 sebagai ‘Ibu Segala Bajet’.
Beliau mengungkapkan Bajet 2018 adalah belanjawan paling inklusif yang pernah dipersembahkan dalam memenuhi tuntutan ‘Dharuriyyat’ (hidup dan mati), Hajjiyyat (fizikal dan rohani) dan Tahsiniyyat (kemudahan dan keselesaan) untuk kesejahteraan kehidupan rakyat, sekali gus memakmurkan negara.
Najib turut mendakwa, sejak beliau mengambil alih tampuk kepemimpinan negara, belanjawan tahun depan lebih bersifat holistik, sarat dengan falsafah dan secara peribadinya boleh ditanda dalam sejarah negara. - ismaweb
Demikianlah Artikel Bajet 2018 bukan kurniaan kerajaan kepada rakyat beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Bajet 2018 bukan kurniaan kerajaan kepada rakyat beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bajet 2018 bukan kurniaan kerajaan kepada rakyat beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/bajet-2018-bukan-kurniaan-kerajaan.html