Judul : Banjir: PAS kerah jentera bantu Pulau Pinang beritamalay3.blogspot.com
link : Banjir: PAS kerah jentera bantu Pulau Pinang beritamalay3.blogspot.com
Banjir: PAS kerah jentera bantu Pulau Pinang beritamalay3.blogspot.com
Oleh Nur Atiqah Abd Samad
SHAH ALAM: PAS akan mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri dari Khidmat Malaysia, Petugas Unit Amal bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pagi ini, beliau berkata sebarang sentimen politik perlu diketepikan dan apa yang lebih penting adalah nilai kemanusiaan.
"Dalam situasi genting sebegini, semua pihak perlu mengenepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa.
"Semoga semua pihak yang terlibat bersabar dan mengutamakan keselamatan," katanya.
Katanya lagi, PAS merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Pulau Pinang dan rakyat negeri itu di atas bencana banjir yang melanda.
Ujar beliau yang menyifatkan bencana kemanusiaan merupakan suatu musibah kemanusiaan yang boleh menimpa dimana sahaja dan kepada sesiapa sahaja.
Semalam, Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak tengahari.
Hujan lebat yang mula turun sejak jam 2 petang turut menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air mencecah paras sehingga kira-kira satu meter.
Demikianlah Artikel Banjir: PAS kerah jentera bantu Pulau Pinang beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Banjir: PAS kerah jentera bantu Pulau Pinang beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Banjir: PAS kerah jentera bantu Pulau Pinang beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/banjir-pas-kerah-jentera-bantu-pulau.html