Judul : Banjir: Peperiksaan SPM diteruskan di Pulau Pinang beritamalay3.blogspot.com
link : Banjir: Peperiksaan SPM diteruskan di Pulau Pinang beritamalay3.blogspot.com
Banjir: Peperiksaan SPM diteruskan di Pulau Pinang beritamalay3.blogspot.com
Timbalan menteri pendidikan berkata, keselamatan ialah keutamaan dan ibu bapa diminta memastikan calon SPM mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
GEORGE TOWN: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diteruskan seperti jadual untuk calon di Pulau Pinang walaupun negeri itu berdepan bencana banjir kilat, kata timbalan menteri pendidikan.
Datuk P Kalamanathan berkata, perkhidmatan kecemasan sudah diarahkan untuk membawa calon ke pusat peperiksaan dan Jabatan Pendidikan negeri juga dalam keadaan berjaga-jaga.
Seramai 443,883 calon SPM 2017 akan menduduki peperiksaan itu mulai esok hingga 4 Disember nanti.
Ia akan dimulakan dengan kertas 1 Bahasa Malaysia dijadualkan 8 pagi, disusuli kertas 1 Teori Seni Visual pada 11 pagi dan kertas 2 Bahasa Malaysia pada 2 petang.
“Kami masih menilai keadaan ini, tetapi kami berharap dapat menjalankan peperiksaan mengikut masa dan jadual.
“Semua guru dan pengawas sudah diberitahu untuk bersiap sedia membantu semua calon yang menduduki peperiksaan itu. Keutamaan kami ialah keselamatan pelajar.
Demikianlah Artikel Banjir: Peperiksaan SPM diteruskan di Pulau Pinang beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Banjir: Peperiksaan SPM diteruskan di Pulau Pinang beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Banjir: Peperiksaan SPM diteruskan di Pulau Pinang beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/banjir-peperiksaan-spm-diteruskan-di.html