Bos PKR Pulau Pinang mahu berdepan Lim hari ini beritamalay3.blogspot.com

Bos PKR Pulau Pinang mahu berdepan Lim hari ini beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bos PKR Pulau Pinang mahu berdepan Lim hari ini beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bos PKR Pulau Pinang mahu berdepan Lim hari ini beritamalay3.blogspot.com
link : Bos PKR Pulau Pinang mahu berdepan Lim hari ini beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Bos PKR Pulau Pinang mahu berdepan Lim hari ini beritamalay3.blogspot.com

MALAYSIAKINI



PKR Pulau Pinang menyatakan sokongan terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga Cheah Kah Peng, yang dilarang menguruskan pendaftaran mangsa banjir oleh kerajaan negeri.

“Langkah ini tidak hormat pada hak demokratik rakyat Kebun Bunga yang mengundi Cheah dalam pilihan raya umum lepas.

“Sebagai wakil rakyat yang mendapat mandat daripada penduduk Kebun Bunga, Cheah tidak sepatutnya dilarang daripada menjalankan tanggungjawabnya,” kata Pengerusi PKR negeri Mansor Othman kepada Malaysiakini.

Cheah, yang berkecuali ketika undian yang usul Umno berkenaan penambakan tanah dua tahun lalu, dilarang menguruskan bantuan RM700 melalui surat bertarikh 20 November lalu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus.

Tiada alasan diberikan.

Cheah dan empat ADUN PKR lain sebelum ini berselisih pendapat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas berkecuali dalam pengundian usul Umno untuk menghentikan semua projek penambakan pada 2015.

Lim mendakwa mereka cuba mensabotaj kerajaan Pulau Pinang. Cheah juga dipecat daripada jawatan pengarah Penang Hill Corporation.

Cheah pada 10 November lalu juga mempersoal pengkorporatan Penang Botanic Gardens.

Selain beliau, ADUN Permatang PASIR Salleh Man daripada PAS juga tidak dibenarkan menguruskan pemohon bantuan mangsa banjir.

Sementara itu, Mansor yang juga bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang berkata, penyerahan pengurusan bantuan banjir di Kebun Bunga kepada ADUN DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey adalah langkah meminggirkan PKR dalam kerajaan negeri.

Difahamkan Mansor mahu berdepan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng susulan isu itu hari ini.
Mansor juga menolak alasan Lim bahawa terdapat perubahan prosedur dalaman sebagai “naif dan tidak boleh diterima”.

Sementara itu, Pengarah Strategik Ketua Menteri Datuk Saifuddin Nasution yang juga setiausaha agung PKR enggan mengulas berkaitan larangan terhadap Cheah itu.

Exco kerajaan negeri merangkap timbalan ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin pula berharap kedua-dua parti dapat menyelesaikan isu itu dengan segera.



Demikianlah Artikel Bos PKR Pulau Pinang mahu berdepan Lim hari ini beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Bos PKR Pulau Pinang mahu berdepan Lim hari ini beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bos PKR Pulau Pinang mahu berdepan Lim hari ini beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/bos-pkr-pulau-pinang-mahu-berdepan-lim.html

Subscribe to receive free email updates: