Calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS wajib angkat sumpah taat setia - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com

Calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS wajib angkat sumpah taat setia - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS wajib angkat sumpah taat setia - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS wajib angkat sumpah taat setia - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com
link : Calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS wajib angkat sumpah taat setia - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS wajib angkat sumpah taat setia - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS akan mewajibkan calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) melafazkan sumpah taat setia kepada parti berteraskan Islam itu.
 
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata bahawa pada PRU14, calon bukan Islam dikehendaki mengangkat sumpah taat setia atau aku janji.
 
"Pertamanya, lafaz bai'ah akan diteruskan bukan sahaja kepada calon-calon PAS yang beragama Islam malah turut dikenakan kepada calon-calon bukan beragama Islam yang bertanding atas tiket PAS," katanya kepada Antarapos.
 
Jelas beliau, tiada calon yang akan dikecualikan daripada melafazkan sumpah taat setia berkenaan yang menjadi tunjang kekuatan PAS.
 
"Itulah yang akan berlaku dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
 
Isu ba'iah PAS  menjadi topik hangat apabila wujud dalam kalangan wakil rakyat PAS bertindak keluar parti dan menubuhkan parti baru yang dinamakan Amanah.
 
Perkembangan terbaru ini memperlihatkan PAS mahu memastikan calon yang bertanding mewakili parti itu kekal wala' kepada kepimpinan dan juga parti itu sekiranya memenangi PRU14 nanti.
 
Mengulas lanjut, Hashim berkata bahawa Majlis Syura Ulama PAS selaku badan tertinggi dalam parti itu akan menentukan kandungan sumpah taat setia berkenaan.
 
"Kemungkinan orang bukan Islam yang akan bertanding atas tiket PAS, mereka juga dikehendaki mengadakan aku janji atau bai'ah dengan pihak PAS.
 
"Mungkin susunan ayat itu berbeza dengan yang Islam," katanya.
 
Ditanya, sekiranya perkara ini turut melibatkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), beliau mengiakan perkembangan terbaru itu.
 
 


Demikianlah Artikel Calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS wajib angkat sumpah taat setia - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS wajib angkat sumpah taat setia - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS wajib angkat sumpah taat setia - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/calon-bukan-islam-bertanding-atas-tiket.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :