De Palma tak ikut larangan bertudung, kata CEO beritamalay3.blogspot.com

De Palma tak ikut larangan bertudung, kata CEO beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk De Palma tak ikut larangan bertudung, kata CEO beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : De Palma tak ikut larangan bertudung, kata CEO beritamalay3.blogspot.com
link : De Palma tak ikut larangan bertudung, kata CEO beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


De Palma tak ikut larangan bertudung, kata CEO beritamalay3.blogspot.com

MALAYSIAKINI
 


Rangkaian Hotel De Palma tidak akan mematuhi polisi yang melarang wanita bertudung bekerja di barisan depan dan bercadang menyemak semula keanggotaannya dalam Persatuan Hotel Malaysia (MAH) selagi pendirian persatuan berhubung isu itu tidak diperbetulkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hotel De Palma Dr Azaharul Hisham Sulong Ahmad berkata, polisi itu bukan sahaja berbentuk diskriminasi tetapi juga tidak sesuai diguna pakai oleh hotel-hotel di Malaysia selaku sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

“De Palma menentang sebarang bentuk diskriminasi terhadap kemanusiaan dan tidak akan bersekongkol dengan elemen sedemikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga menggesa pengusaha hotel lain membantah polisi tersebut yang disifatkannya sebagai tidak perlu.

Azaharul Hisham mengulas kenyataan MAH yang mempertahankan tindakan pengusaha hotel melarang staf wanita beragama Islam yang memakai tudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

Mengulas lanjut, beliau berkata MAH sepatutnya mencadangkan kepada anggota agar menimbang pemakaian tudung sebagai sebahagian pakaian seragam untuk staf barisan depan.

Menjadi tugas persatuan untuk membimbing anggotanya agar seiring dengan konteks Malaysia, katanya.

“Bagi mengelakkan prejudis, kami di De Palma tidak pernah memaksa pekerja barisan depan yang bukan Islam memakai tudung walaupun kami hotel mesra Islam kerana kami amat menghormati agama dan hak mereka menurut Perlembagaan,” katanya.

Kumpulan De Palma merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.-Bernama




Demikianlah Artikel De Palma tak ikut larangan bertudung, kata CEO beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel De Palma tak ikut larangan bertudung, kata CEO beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel De Palma tak ikut larangan bertudung, kata CEO beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/de-palma-tak-ikut-larangan-bertudung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :