Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah beritamalay3.blogspot.com

Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah beritamalay3.blogspot.com
link : Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah beritamalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
[ULASAN] Slogan “Ubah” dan “Ini kalilah” dalam kempen politik Pakatan Harapan (PH) wajib dibuktikan secara rasional dengan alasan yang jelas mengapa ia diangkat menjadi cogankata kempen menjatuhkan Umno-BN.
 
Pengerusi Hisbah Centre For Reform (Hisbah), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berpendapat bahawa proses penapisan keluhuran perjuangan PH perlu dibuktikan dahulu.
 
Lantas PH wajar menyingkirkan mana-mana pemimpinnya yang mengamalkan gaya hidup mewah, jika gabungan itu benar-benar melaungkan agenda perubahan, katanya.
 
Beliau menyandarkan hujahnya pada pemikiran ilmuwan Islam, Ibnu Khaldun yang melihat kewujudan pemimpin sedemikian sebagai tanda kejatuhan dan kegagalan sesebuah tamadun.
 
Bekas Setiausaha Politik Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, Hisbah memandang serius berita gaya hidup pemimpin dan keluarga PH yang bermewah-mewah dan bermegah-megah.
 
"Apatah lagi kisah-kisah ini membabitkan pemimpin di dalam Pakatan Harapan (PH), sebuah gabungan politik yang membawa politik dan harapan baru kepada rakyat dan negara.
 
"Apa maknanya melaungkan perubahan sekiranya diri sendiri tidak mampu berubah?," katanya dalam satu kenyataan.
 
Ezam ambil contoh PAS?
 
Kritikan Ezam ini menyambung pendirian PAS yang tidak lagi bergabung dengan PH dan kini giat menyebarkan amalan politik matang sejahtera.
 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Azman Ibrahim berkata, Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada bulan lalu pastinya mendapat sokongan penuh ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN).
 
“Kita tahu BN memiliki majoriti dalam Parlimen. Semua ahli parlimen BN wajib akan undi sokong untuk Bajet 2018 diluluskan,” katanya dalam Harakahdaily.
 
Katanya, PAS tidak menafikan ada banyak kebaikan dalam Bajet 2018 yang akan turut dimanfaatkan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang.
 
"Tapi nampak sedikit tak cerdik bila kita undi tolak bajet sedangkan pelbagai peruntukan yang diumumkan dalam bajet kita ambil juga.
 
"Nak tolak, tak dinafikan dalam bajet tersebut ada yang baik dan bermanfaat kepada rakyat. Nak sokong, ada juga dalam bajet itu yang tak baik untuk rakyat dan negara," katanya.
 
Untuk rekod seramai 11 daripada 14 ahli Parlimen PAS memilih tidak mengundi untuk Bajet 2018 pada Isnin lalu.
 
Hanya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sahaja mengundi untuk membantah Bajet 2018.
  
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dr Idris Ahmad mempertahankan pendirian PAS itu yang dianggapnya bukan sesuatu yang ganjil.
 
Malah, katanya, sikap itu pernah ditunjukkan ahli parlimen pembangkang ketika Dewan Rakyat mengundi untuk menghapuskan kekebalan raja-raja ketika krisis perlembagaan 1993.
 
Idris memuat naik senarai nama 23 wakil rakyat termasuk dari PAS dan DAP yang berkecuali.
 
Bajet 2018 berjumlah RM280.25 bilion pada Isnin lalu mendapat sokongan 107 ahli parlimen BN.
 
Bilangan keseluruhan ahli parlimen pembangkang menolak Bajet 2018 adalah seramai 59 orang.
 
PAS terima pujian 
 
Pendirian politik PAS itu mengundang komen positif Pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor yang menyatakan PAS akur Bajet 2018 banyak membawa kebaikan kepada rakyat.
 
“Mereka berkecuali kerana mereka mampu menilai terdapat banyak perkara yang membawa kebaikan untuk rakyat dalam Bajet itu dan kalau ia ditolak, maknanya mereka menolak manfaat untuk rakyat.
 
“Tolak belanjawan 2018, maknanya tolak bantuan BR1M untuk rakyat, tolak kenaikan gaji dan bonus khas kakitangan awam dan tolak bantuan pendidikan dan pembangunan untuk negara.
 
"Perbuatan pembangkang yang membangkang secara buta tuli inilah yang disebut ‘bangkang dari longkang’.
 
"Sedangkan ternyata bajet ini baik untuk rakyat Malaysia secara keseluruhan termasuklah untuk kaum Cina, India dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan.
 
Terdahulu, Bajet 2018 diluluskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada 13 November lalu dengan undian 107 daripada 222 anggota parlimen menyokong.
 
Sebanyak 59 anggota parlimen menentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, sementara 11 daripada PAS berkecuali.
 
Dalam pada itu tambah Rizal, tugas sebagai pembangkang adalah untuk melakukan semak dan imbang, namun mereka tidak seharusnya menjadi pembangkang semata-mata.
 
"Apakah dengan menolak bajet ini bermakna DAP juga menolak menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan menolak bantuan untuk pekebun kecil serta dana kampung Cina di seluruh negara?
 
"Juga, bagaimana kerajaan nak bayar gaji dan elaun ahli parlimen pembangkang jika mereka menolak belanjawan ini?"soalnya.
 
 


Demikianlah Artikel Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/ezam-pemimpin-ph-harus-ubah-gaya-hidup.html

Subscribe to receive free email updates: