[KEMASKINI] PRU14: MCA kena menang sekurang-kuranngya 15 kerusi Parlimen - Najib beritamalay3.blogspot.com

[KEMASKINI] PRU14: MCA kena menang sekurang-kuranngya 15 kerusi Parlimen - Najib beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [KEMASKINI] PRU14: MCA kena menang sekurang-kuranngya 15 kerusi Parlimen - Najib beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KEMASKINI] PRU14: MCA kena menang sekurang-kuranngya 15 kerusi Parlimen - Najib beritamalay3.blogspot.com
link : [KEMASKINI] PRU14: MCA kena menang sekurang-kuranngya 15 kerusi Parlimen - Najib beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


[KEMASKINI] PRU14: MCA kena menang sekurang-kuranngya 15 kerusi Parlimen - Najib beritamalay3.blogspot.com

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen perlu dimenangi MCA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam mengukuhkan kedudukannya dalam kerajaan,  kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Sehubungan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) mahu pemimpin MCA memainkan peranan untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina kepada parti itu, sekiranya mahu menikmati manfaat daripada kerajaan.
 
”Sebab itu kalau masyarakat Cina nak lebih lagi. Tolong sokong lebih Barisan Nasional (BN).  Sekarang ada 7 je ahli Parlimen. Tetapi anda ada 15 ahli Parlimen, anda akan lebih kuat dalam kerajaan.
 
“Saya perlu menimbang kerusi tambahan untuk MCA dalam kabinet. Ada 7 ahli parlimen anda ada 13 menteri. Sepatutnya kalau 7 kerusi parlimen tak boleh ada menteri. Anda tidak boleh dapat. Hanya satu menteri. 7 kerusi takkan sampai 3? Tetapi kita buat. Kita nak mendengar suara komuniti Cina. 
 
“Tolong berikan kami sokongan. Anda tidak boleh dapat segalanya ikut cara anda. Nak sekolah, nak itu ini tetapi undi tak bagi. Mana masuk akal, “ beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung MCA ke-64 di Wisma MCA, di Jalan Ampang hari ini. 
 
Setakat PRU13 lalu, MCA cuma memiliki tujuh kerusi Parlimen pada waktu ini.
 
Yang turut hadir pada majlis ialah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.
 
Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya turut mempersoalkan jumlah tahanan yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sepanjang Tun Dr Mahathir Mohamad bergelar perdana menteri. 
 
“Berapa ramai orang yang dia (Dr Mahathir) dah tahan dibawah ISA? Berapa? Saya lah yang mansuhkan ISA. Dia Ops Lalang 100 lebih masuk. Pastu dia kata eh bukan salah saya, salah polis. Saya kena dengar cakap polis. Bila masa Mahathir dengar cakap orang lain?
 
“Timbalan-timbalan dahulu ke? Tidak. Setiap timbalan ada masalah. Semua orang ada masalah kecuali Mahathir sebab dia ‘sempurna’. Tidak orang lain. Inilah orangnya.”
 
ISA, menerusi gerakan yang dinamakan sebagai Operasi Lalang pernah menahan 106 individu, termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang.
 
Operasi Lalang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 27 Okt 1987 dengan menahan individu yang dianggap mengeruhkan politik semasa.
 
Isu berkenaan itu kembali hangat, apabila sebuah NGO menuntut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta maaf atas penahanan 106 individu berkenaan tanpa bicara semasa operasi yang diadakan 30 tahun lalu itu. 
 
Untuk rekod, ISA digubal pada 1960 bertujuan menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam negara yang memberi kuasa kepada polis menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa perlu dibawa ke mahkamah untuk dituduh. 
 
ISA kini sudah dimansuhkan dan diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma di bawah pentadbiran Najib.
 
 


Demikianlah Artikel [KEMASKINI] PRU14: MCA kena menang sekurang-kuranngya 15 kerusi Parlimen - Najib beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel [KEMASKINI] PRU14: MCA kena menang sekurang-kuranngya 15 kerusi Parlimen - Najib beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KEMASKINI] PRU14: MCA kena menang sekurang-kuranngya 15 kerusi Parlimen - Najib beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/kemaskini-pru14-mca-kena-menang.html

Subscribe to receive free email updates: