Kemelut PPBM dengan ROS: Salah siapa? beritamalay3.blogspot.com

Kemelut PPBM dengan ROS: Salah siapa? beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kemelut PPBM dengan ROS: Salah siapa? beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemelut PPBM dengan ROS: Salah siapa? beritamalay3.blogspot.com
link : Kemelut PPBM dengan ROS: Salah siapa? beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Kemelut PPBM dengan ROS: Salah siapa? beritamalay3.blogspot.com


Minggu lalu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) melondehkan lagi masalah PPBM kepada umum.
ROS berkata PPBM boleh diharamkan pendaftarannya kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti itu.

Antara kesalahan yang menjatuhkan imej PPBM dengan teruk ialah ketidak-mampuan mengadakan mesyuarat agung tahunan. Dua lagi kesalahan yang lain ialah menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.

Di sebalik masalah yang sebegitu serius, PPBM telah menganjurkan sambutan ulang tahunnya di Muar pada tanggal 14 September yang lalu, untuk membina persepsi umum bahawa segala-galanya sedang berjalan lancar untuk parti itu.

Namun, persepsi yang palsu tidak akan dapat bertahan.

Alasan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa PPBM masih gagal mengadakan mesyuarat agong kerana peringkat bawah belum mengadakan mesyuarat masing-masing juga susah diterima.

Bukankah tanggungjawab pimpinan tertinggi untuk mengarahkan bila cawangan-cawangan perlu mengadakan mesyuarat agong?

Apakah arahan itu sudah dikeluarkan? Jika ya, setakat ini berapa cawangan yang sudah mematuhi arahan itu? Berapa cawangan yang ingkar atau tidak mampu mengadakan mesyuarat agong? Apakah ia disebabkan setiap cawangan PPBM tidak cukup korum untuk mengadakan mesyuarat agong mereka atau ada masalah logistik yang lain?

Sekiranya arahan untuk mengadakan mesyuarat cawangan belum pernah dikeluarkan, bukankah ini satu kecuaian pengurusan parti?

Bagaimana pula kemelut yang melanda nama Armada, sayap pemudanya? Menurut Shaharuddin, PPBM kini terpaksa akur untuk tidak menggunakan nama Armada sehinggalah pindaan perlembagaan parti diluluskan oleh pihak ROS. Armada kini hanya boleh dikenali sebagai Pemuda PPBM.

Shahruddin berkata keputusan menggunakan nama Armada merupakan sebahagian daripada perlembagaan Bersatu yang diputuskan dalam mesyuarat agung luar biasa pada 2 November 2016.

Namun, ROS tidak mengiktiraf mesyuarat tersebut disebabkan hanya 12 orang ahli majlis tertinggi sahaja yang menghadiri mesyuarat itu.

Kelakarnya, perlembagaan PPBM sendiri di bawah Fasal 28 menyatakan bahawa “sebarang pindaan kepada perlembagaan parti itu mesti disokong oleh tidak kurang daripada 2/3 perwakilan yang hadir di AGM atau EGM”.

Jadi, bagaimana kesilapan ini boleh berlaku? Bagaimana PPBM boleh melanggar perlembagaan sendiri?

Siapakah yang patut bertanggungjawab? Kesalahan tidak boleh diletakkan pada setiausaha agung parti itu Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh sahaja.

Di manakah kebijaksanaan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir? Dr Mahathir sudah terlalu sibuk dan tua untuk menguruskan parti, jadi perkara ini tidak boleh dipersalahkan pada beliau.

Namun, ketiga-tiga kesilapan PPBM ini telah memalukan Dr Mahathir yang sering cuba mendesak ROS untuk mempercepatkan proses pendaftaran Pakatan Harapan.

Dr Mahathir perlu memastikan PPBM mematuhi segala undang-undang terlebih dahulu sebelum mendesak ROS untuk mempercepatkan proses pendaftaran Pakatan Harapan.

Semakin lambat PPBM menyelesaikan masalahnya, semakin kuatlah alasan ROS untuk melengahkan pendaftaran Pakatan Harapan. Salah siapa?



Demikianlah Artikel Kemelut PPBM dengan ROS: Salah siapa? beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Kemelut PPBM dengan ROS: Salah siapa? beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kemelut PPBM dengan ROS: Salah siapa? beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/kemelut-ppbm-dengan-ros-salah-siapa.html

Subscribe to receive free email updates: