K'jaan Selangor sumbang RM1 juta pada P Pinang beritamalay3.blogspot.com

K'jaan Selangor sumbang RM1 juta pada P Pinang beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk K'jaan Selangor sumbang RM1 juta pada P Pinang beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : K'jaan Selangor sumbang RM1 juta pada P Pinang beritamalay3.blogspot.com
link : K'jaan Selangor sumbang RM1 juta pada P Pinang beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


K'jaan Selangor sumbang RM1 juta pada P Pinang beritamalay3.blogspot.com

MALAYSIAKINI
 


Kerajaan Selangor menghulurkan sumbangan RM1 juta kepada Pulau Pinang sebagai bantuan pemulihan banjir yang melanda negeri itu hari ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali berkata beliau juga sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Selangor mengerahkan petugas bagi membantu kerja-kerja pembersihan selepas banjir.

"Ini adalah usaha kecil Selangor membantu Pulau Pinang pada waktu yang sukar begini, tetapi saya gembira melihat negeri ini, terutamanya di bahagian pulau, yang mula pulih," katanya kepada wartawan di George Town seperti dilapor The Malaysian Insight.

Azmin berada di Pulau Pinang untuk menziarahi Ketua Menteri, Lim Guan Eng di pejabatnya di Komtar.

Beliau sebelum itu diberi taklimat mengenai perkembangan banjir di Pulau Pinang di bilik kawalan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Terdahulu, Azmin dalam satu kenyataan media berkata, kerajaan negeri Selangor bersolidariti bersama kerajaan Pulau Pinang berikutan bencana yang melanda negeri itu.

Menurut beliau, kerajaan Selangor akan memberikan sokongan penuh menyediakan bantuan kepada mangsa banjir.

"Sementara itu, saya telah meminta pasukan sukarelawan untuk segera bergerak ke Pulau Pinang dalam beberapa fasa mulai petang ini," katanya.

Dalam pada itu, kerajaan Kelantan sedia menyalurkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50,00 sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang," kata Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob dalam satu kenyataan media di Kota Bharu, hari ini.

Setakat ini 113 kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat bencana itu dengan 3,365 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan.

Bencana terbabit dilapor setakat ini mencatatkan enam kematian dan lapan kejadian tanah runtuh.



Demikianlah Artikel K'jaan Selangor sumbang RM1 juta pada P Pinang beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel K'jaan Selangor sumbang RM1 juta pada P Pinang beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel K'jaan Selangor sumbang RM1 juta pada P Pinang beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/kjaan-selangor-sumbang-rm1-juta-pada-p.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :