MSU PAS sedang pertimbang mansuh bai'ah talak tiga - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com

MSU PAS sedang pertimbang mansuh bai'ah talak tiga - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MSU PAS sedang pertimbang mansuh bai'ah talak tiga - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MSU PAS sedang pertimbang mansuh bai'ah talak tiga - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com
link : MSU PAS sedang pertimbang mansuh bai'ah talak tiga - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


MSU PAS sedang pertimbang mansuh bai'ah talak tiga - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Majlis Syura Ulama PAS sedang mempertimbang untuk memansuhkan ba’iah talak tiga dalam memastikan penyelarasan lafaz bai’ah di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, badan tertinggi parti itu kini dalam proses penelitian untuk memansuhkan lafaz bai'ah talak tiga yang dikenakan ke atas calon bertanding khususnya di Kelantan.
 
"Adapun bai'ah sedang disusun oleh Syura.
 
"Itu (bai'ah talak tiga) akan disusun nanti dan diputuskan oleh Syura," katanya kepada Antarapos.
 
Untuk rekod lafaz bai'ah PAS yang digunakan untuk mengikat wakil rakyat atau pemimpin pernah menjadi perdebatan secara terbuka selepas beberapa pimpinan kanan bertindak keluar parti.
 
Ia berikutan pendedahan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob yang mengesahkan adanya sumpah bai’ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat PAS Kelantan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.
 
Menurutnya, akuan sumpah itu diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat PAS Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.
 
Ditanya jaminan tiada lagi wakil rakyat PAS tidak bertindak keluar parti, Hashim berkata perkara itu di luar bidang kuasa Majlis Syura Ulama.
 
"Ia begini yang pertamanya tugas mengadakan bai'ah ini kita buat, itu tanggungjawab jemaah dan mesti buat.
 
"Adapun yang nak menyeleweng dan sebagainya itu di luar kuasa kita," katanya.
 
Dalam pada itu, Hashim berkata PAS yakin kembali menjadi saingan terkuat pada pilihan raya kali ini.
 
"Apa pun yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang tapi sambutan yang nampak pada hari ini bahawa PAS bertambah kuat.
 
"Sokongan yang diberikan daripada parti politik walaupun kecil dan juga NGO nampaknya bertambah," ujarnya.
 
Beliau yang juga Bekas pesuruhjaya PAS Perlis yakin parti berteraskan Islam itu mampu melakukan kejutan bersama blok ketiga pembangkang itu.
 
"Sokongan individu juga yang berpengaruh bertambah.
 
"Dengan itu saya yakin bahawa PAS mampu dan tidak mustahil menambah kerusi dalam pilihan raya akan datang," katanya.
 
PRU14 dijangka diadakan tidak lama lagi walaupun tarikh tepat belum lagi diketahui.
 
Untuk rekod jumlah kerusi Parlimen yang dikuasai pembangkang pada 2013, hanya 89 kerusi berbanding 133 dimenangi BN.
 
 


Demikianlah Artikel MSU PAS sedang pertimbang mansuh bai'ah talak tiga - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel MSU PAS sedang pertimbang mansuh bai'ah talak tiga - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MSU PAS sedang pertimbang mansuh bai'ah talak tiga - Mursyidul Am beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/msu-pas-sedang-pertimbang-mansuh-baiah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :