Najib: Kejayaan pemimpin BN bergantung pada peranan isteri beritamalay3.blogspot.com

Najib: Kejayaan pemimpin BN bergantung pada peranan isteri beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib: Kejayaan pemimpin BN bergantung pada peranan isteri beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: Kejayaan pemimpin BN bergantung pada peranan isteri beritamalay3.blogspot.com
link : Najib: Kejayaan pemimpin BN bergantung pada peranan isteri beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Najib: Kejayaan pemimpin BN bergantung pada peranan isteri beritamalay3.blogspot.com


Kejayaan, keberkesanan dan kesejahteraan dibawa seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) terutamanya kepada rakyat bergantung kepada peranan dimainkan isteri pemimpin berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata isteri pemimpin itu memainkan peranan penting dalam menjadi teman setia yang memahami tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan suami mereka.
"Jika isteri jadi teman sejati, dapat hiburkan hati kita dan memahami tugas kita selain memahami hati dan jiwa kita, saya yakin setiap wakil rakyat BN akan lebih berjaya.
"Bab ini (perlu) beri perhatian supaya suami kita dapat jalankan tugas dengan baik terutama sudah dekat nak pilihan raya (umum) ini," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Penutup Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) di Bandar Hilir, Melaka, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Pada majlis sama malam ini, Bakti dinobatkan sebagai johan keseluruhan program itu dan Najib turut menyampaikan piala iringan kejohanan kepada Rosmah selaku Yang Dipertua Bakti.
Najib berkata isteri-isteri wakil rakyat BN perlu mengamalkan pendekatan mesra rakyat dan memberikan sumbangan besar kepada rakyat tanpa wujud sebarang jurang pemisah.
"Ada kumpulan jika isteri (pemimpin) mainkan peranan, lebih meresap pengaruhnya. Misalnya persatuan ibu tunggal dan anak yatim di kawasan kita. Waktu musibah di kawasan kita, kalau isteri turun bersama-sama itu lebih baik.
"Isteri atas badan amal kebajikan mereka boleh lakukan amal dan pendekatan mesra rakyat bersama (pemimpin BN) membantu rakyat, sumbangan ini cukup besar kepada kerajaan BN," katanya.
Justeru, beliau berkata isteri pemimpin itu perlu mempelajari dan memahami segala usaha membantu rakyat yang dilaksana kerajaan BN bagi memudahkan mereka membantu suami masing-masing.
Najib berkata kerajaan banyak melakukan kebaikan untuk rakyat namun kurang mendapat penghargaan, maka usaha menghebahkan dan menerangkan perkara itu melalui fakta mampu dilakukan terutama oleh isteri pemimpin BN.
"Pemimpin sering berdepan dengan tohmahan dan fitnah namun ia (usaha menerangkan dengan fakta) boleh memperbetulkan persepsi terutamanya persepsi rakyat,” katanya. -Bernama



Demikianlah Artikel Najib: Kejayaan pemimpin BN bergantung pada peranan isteri beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Najib: Kejayaan pemimpin BN bergantung pada peranan isteri beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib: Kejayaan pemimpin BN bergantung pada peranan isteri beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/najib-kejayaan-pemimpin-bn-bergantung.html

Subscribe to receive free email updates: