Pita data CIMB hilang akibat cuai, kata KPN beritamalay3.blogspot.com

Pita data CIMB hilang akibat cuai, kata KPN beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pita data CIMB hilang akibat cuai, kata KPN beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pita data CIMB hilang akibat cuai, kata KPN beritamalay3.blogspot.com
link : Pita data CIMB hilang akibat cuai, kata KPN beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Pita data CIMB hilang akibat cuai, kata KPN beritamalay3.blogspot.com

 
Selasa lepas, CIMB Group Holdings Bhd meningkatkan langkah keselamatan di semua salurannya, berikutan beberapa pita magnetik mengandungi data sokongan telah hilang.


Fuzi

KUALA LUMPUR: Isu kehilangan pita data sokongan CIMB pada 13 November disebabkan kecuaian kakitangan bank itu dan tidak melibatkan sebarang unsur sabotaj, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata laporan berhubung kehilangan pita berkenaan dibuat pihak bank pada hari kejadian itu disedari berlaku di Balai Polis Seapark, Petaling Jaya dan siasatan dilakukan mengikut Sekyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Isu ini membabitkan masalah dalaman CIMB dan mereka juga sudah mengambil langkah keselamatan yang perlu serta mengeluarkan kenyataan mengenainya.
 “Jika mereka perlukan bantuan polis, kita akan bantu dan kes berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penutupan perhimpunan pegawai awam polis di Maktab PDRM Cheras hari ini.

Pada Selasa lepas, CIMB Group Holdings Bhd meningkatkan langkah keselamatan di semua salurannya, berikutan beberapa pita magnetik mengandungi data sokongan telah hilang dalam perjalanan semasa satu operasi rutin.

Bagaimanapun, CIMB Group mengesahkan pita tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat pengesahan peribadi seperti Nombor Pengesahan Peribadi (PIN), kata laluan atau nombor Nilai Pengesahan Kad (CVV).



Demikianlah Artikel Pita data CIMB hilang akibat cuai, kata KPN beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Pita data CIMB hilang akibat cuai, kata KPN beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pita data CIMB hilang akibat cuai, kata KPN beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/pita-data-cimb-hilang-akibat-cuai-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :