Judul : Selamatkan Tun M : Clare Rewcastle-Brown & Ambiga ‘Bersengketa’ beritamalay3.blogspot.com
link : Selamatkan Tun M : Clare Rewcastle-Brown & Ambiga ‘Bersengketa’ beritamalay3.blogspot.com
Selamatkan Tun M : Clare Rewcastle-Brown & Ambiga ‘Bersengketa’ beritamalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) hari ini tampil membuat laporan polis terhadap bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga Sreenevasan kerana bersekongkol dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memfitnah UMNO membiayai PAS sebanyak RM 90 juta bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14 akan datang.
Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, sehingga kini tiada sebarang komen diterima dari Ambiga berhubung perkara tersebut, malah ada di antara media pro pembangkang sudah mula memainkan isu agar persengketaan di antara Ambiga dan Clare ini tidak melibatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sudah tidak hairan perkara tersebut kerana media – media pro pembangkang sudah memainkan isu supaya tidak menuding jari kepada Tun Mahathir berhubung perkara tersebut, dan meminta agar Tun Mahathir tidak disabitkan sama sekali.
“Namun siapa lagi jika bukan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menghantar dokumen ke luar negara? Beliau, seperti mana kita semua tahu, merupakan seorang pentaksub Tun Mahathir.
“Mereka akan putar belit cerita. Ia tidak mustahil dan terpulang kepada mereka. Apa yang kita mahu sekarang adalah kita mahu supaya undang – undang diutamakan,” ujarnya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Malah, jelas Zulkarnain, pihak GAUM tampil membuat laporan polis pada kali ini kerana cukup yakin tiada sesen pun dana daripada UMNO disalurkan kepada PAS.
“Kita kenal bagaimana kepribadian pemimpin PAS ini, kita cukup tahu. Mereka mempunyai inisiatif mereka sendiri untuk buat apa sahaja. Mereka pegang Kelantan, maka mereka sudah mempunyai sumber kewangan di sana. Kenapa mereka mahu menagih wang dari UMNO?,” soalnya.
Sebelum ini, Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menamakan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga sebagai pemberi maklumat berhubung dakwaan pemimpin Pas menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Brown menjelaskan, bekas Pengerusi Bersih itu memberitahu mengenai Najib, Pas dan isu 1MDB kepadanya pada Julai tahun lalu – klxpress.com
Demikianlah Artikel Selamatkan Tun M : Clare Rewcastle-Brown & Ambiga ‘Bersengketa’ beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Selamatkan Tun M : Clare Rewcastle-Brown & Ambiga ‘Bersengketa’ beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selamatkan Tun M : Clare Rewcastle-Brown & Ambiga ‘Bersengketa’ beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/selamatkan-tun-m-clare-rewcastle-brown.html