Judul : Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula beritamalay3.blogspot.com
link : Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula beritamalay3.blogspot.com
Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula beritamalay3.blogspot.com
ANTARAPOSKOTA BHARU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdullah Ya’kub mempertahankan tindakan beliau mengarahkan Ketua Pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah keluar dari dewan hari ini.
Abdullah berkata, Nozula meminta ruang untuk berucap sehingga mengganggu persidangan sedangkan aturan dewan menetapkan sesi perbahasan sudah berakhir semalam dan hari ini diteruskan dengan sesi penggulungan oleh kerajaan negeri.
Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau turut menafikan tidak memberi ruang secukupnya kepada wakil rakyat pembangkang untuk menyertai perbahasan dan melontarkan pandangan sepanjang persidangan DUN kali ini.
“Saya nak berlaku adil dalam dewan, sebab itu saya beri peluang sepenuhnya kepada semua ahli dewan berucap. Dalam sesi bahas semalam, 10 ahli dewan berucap iaitu empat wakil pembangkang dan enam kerajaan.
“Kalau ikut nisbah kita ada 45 ADUN, hanya 14 sahaja pembangkang tapi saya tetap beri peluang empat wakil pembangkang untuk berucap,” katanya ketika ditemui ketika sidang DUN Kelantan berehat hari ini.
Sidang DUN Kelantan hari ini kecoh seketika selepas Abdullah mengarahkan ADUN Paloh itu keluar dewan kerana dianggap melanggar peraturan apabila mengganggu sesi penggulungan walaupun telah diberi amaran beberapa kali.
Arahan itu menyebabkan Nozula sebak dan mengalirkan air mata kerana mendakwa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak diberi ruang secukupnya untuk bersuara dalam persidangan dewan kali ini.
Demikianlah Artikel Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Speaker DUN Kelantan pertahan tindakan 'halau' Norzula beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/speaker-dun-kelantan-pertahan-tindakan.html