Takkan sebab Norlela lantang kita nak buang dia - Mansor beritamalay3.blogspot.com

Takkan sebab Norlela lantang kita nak buang dia - Mansor beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Takkan sebab Norlela lantang kita nak buang dia - Mansor beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Takkan sebab Norlela lantang kita nak buang dia - Mansor beritamalay3.blogspot.com
link : Takkan sebab Norlela lantang kita nak buang dia - Mansor beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Takkan sebab Norlela lantang kita nak buang dia - Mansor beritamalay3.blogspot.com

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR Pulau Pinang menafikan kenyataan ADUN Penanti, Norlela Ariffin yang memberitahu dirinya berkemungkinan 'disingkirkan' selepas namanya tidak berada dalam senarai calon parti itu untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman berkata apa yang menghairankan bagaimana Norlela boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan parti masih belum memuktamadkan senarai calon di peringkat negeri. 
 
"Bagaimana dia tahu? Kita tak tunjuk kepada siapa-siapa pun senarai (calon).
 
"Kita tak 'finalize' lagi senarai calon, dan kita tak pernah bincang dengan ADUN-ADUN kita," katanya kepada Antarapos. 
 
Semalam Norlela yang dipetik Malaysiakini berkata, dirinya mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN Penanti yang disandangnya sejak PRU13 yang lalu itu.
 
Wakil rakyat PKR itu berkata ini berikutan namanya tidak berada dalam senarai yang dicalonkan oleh parti.
 
Kenyataan itu sekaligus menimbulkan spekulasi beliau digugurkan berikutan kritikan lantangnya terhadap beberapa isu di negeri pimpinan Lim Guan Eng itu.
 
Bagaimanapun ujar Norlela, beliau kemungkinan dipindahkan ke kerusi lain di luar Pulau Pinang. 
 
Laporan portal itu menyebut, difahamkan Norlela berkemungkinan besar akan bertanding di Kajang, Selangor, yang kini dipegang oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
 
Mansor yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menafikan desas-desus bahawa Norlela tidak disenaraikan sebagai bakal calon PRU14 berikutan sikap lantangnya menegur kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
 
"Takkan dia lantang kita nak buang dia? Lagi lah kita nak simpan," katanya.
 
Ditanya sama ada PKR akan terus mengekalkan Norlela di DUN Penanti, Mansor bagaimanapun berkata setiap orang mempunyai peluang untuk bertanding di kerusi tersebut, termasuk pemimpin wanita itu sendiri.
 
Norlela memenangi kerusi Penanti pada PRU13 ketika menggantikan Mansor sendiri yang bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.
 
Beliau agak lantang dalam memperjuangkan isu berkaitan penduduk kawasan yang diwakilinya.
 
Beliau juga kebelakangan ini dilihat agak terbuka mengeluarkan kenyataan yang disifatkan 'bertentangan' dengan pendirian kerajaan negeri Pulau Pinang.
 
Antaranya, beliau mengucapkan 'terima kasih' selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu sebuah kilang di Sungai Lembu, yang beroperasi secara haram sehingga menimbulkan masalah kepada alam sekitar,
 
Norlela bagaimanapun menjelaskan ucapan berkenaan tidak mempunyai maksud tersirat, malah menafikan dirinya membuat aduan sehingga pihak berkuasa itu membuat tangkapan terhadap Exco Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Bon Poh yang didakwa atas salah guna kuasa



Demikianlah Artikel Takkan sebab Norlela lantang kita nak buang dia - Mansor beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Takkan sebab Norlela lantang kita nak buang dia - Mansor beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Takkan sebab Norlela lantang kita nak buang dia - Mansor beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/takkan-sebab-norlela-lantang-kita-nak.html

Subscribe to receive free email updates: