Umno Selangor serik, insaf 9 tahun jadi pembangkang beritamalay3.blogspot.com

Umno Selangor serik, insaf 9 tahun jadi pembangkang beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Umno Selangor serik, insaf 9 tahun jadi pembangkang beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno Selangor serik, insaf 9 tahun jadi pembangkang beritamalay3.blogspot.com
link : Umno Selangor serik, insaf 9 tahun jadi pembangkang beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Umno Selangor serik, insaf 9 tahun jadi pembangkang beritamalay3.blogspot.com

MALAYSIAKINI



Sembilan tahun menjadi pembangkang di Selangor ternyata menginsafkan Umno Selangor yang bertekad tidak mahu lagi mengulangi episod duka apabila terlepas negeri itu dalam dua pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

Atas kesedaran itu juga Umno Selangor menggerakkan gerak kerja semaksimumnya untuk menghadapi PRU ke-14 (PRU14) merangkumi peringkat cawangan, bahagian dan negeri.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Johan Abdul Aziz berkata untuk tujuan itu, Umno melantik koordinator di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak dimenangi BN untuk memimpin gerak kerja berkenaan.

“Ya kami dah serik dan tidak lagi mahu menoleh ke belakang. Saya lihat kesungguhan untuk merampas balik Selangor di peringkat akar umbi cukup kuat ketika ini. Gerak kerja kami cukup ‘solid’… koordinator di DUN yang kalah, mereka buat kerja dengan baik.

“Walaupun kami di Selangor ni dah bertahun jadi pembangkang tetapi kami tetap jalankan tanggungjawab membantu rakyat. Mana yang kita boleh bantu kita bantu seperti keperluan asas banyak yang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) kita luluskan di kawasan Selangor ini,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama.

Ketika ini, kedudukan 56 DUN di Selangor terdiri daripada DAP (14 kerusi), PKR dan PAS masing-masing 13 kerusi, Umno-BN (12 kerusi) dan Parti Amanah Negara serta Bebas, masing-masing dua kerusi.

Bagi menggerakkan usaha Umno Selangor merampas semula negeri itu pada PRU14, Johan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Semenyih, berkata parti tersebut menjalankan gerak kerja yang agresif namun bertempat.

Beliau berkata Umno Selangor turut menggunakan medium media sosial secara maksimum untuk memperjelas atau menyampaikan sebarang isu negeri atau nasional supaya segala maklumat cepat sampai kepada rakyat.

Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut membuka ruang dan peluang untuk Umno Selangor berbakti kepada rakyat di kawasan bandar.

“Selepas Tan Sri (Noh) dilantik sebagai menteri, beliau terus buat kertas kerja untuk diserahkan kepada perdana menteri yang kemudian meluluskan peruntukan RM300 juta untuk membantu miskin bandar.

"Daripada jumlah itu, RM160 juta diperuntukkan untuk Selangor, ini bukan sebab Tan Sri dari Selangor tetapi disebabkan nisbah keseluruhan rumah pangsa dan rumah kos rendah 50 peratus terletak di Selangor.

“Kita terima keluhan daripada rakyat mengenai ketiadaan lif di rumah pangsa yang banyak tingkat sehinggakan nak bawa turun jenazah susah… ini yang kita persembah kepada perdana menteri dan ternyata kebijaksanaan kita dicemburui oleh kerajaan negeri. Strategi kita ialah terus dekati, dampingi rakyat dan apa yang kita boleh bantu kita bantu,” katanya.

Mengenai sasaran Umno dan BN Selangor pada PRU14, Johan berkata pihaknya memberi tumpuan kepada 35 kawasan DUN termasuk 12 yang kini dipegang oleh Umno.

Enggan mendedahkan kesemua kawasan DUN terbabit, beliau berkata Umno Selangor telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang bermasalah dan yakin akan dapat mengatasinya sebelum PRU14.

“Walaupun dikatakan PRU14 ini adalah peluang terakhir untuk BN menang semula di Selangor segalanya boleh berlaku dalam politik… yang penting Umno Selangor harus bersatu padu di bawah Noh supaya satu nakhoda satu arahan dipatuhi.

“Saya juga lihat idea Tan Sri Noh cukup bagus… beliau tanamkan dalam pemikiran jentera akar umbi bahawa setiap gerak kerja mesti fikirkan pertandingan satu lawan satu, jadi semua kena kerja kuat.

Kekalahan di Selangor sebelum ini mungkin ada hikmahnya… bila kita jadi kerajaan semula kita kena pastikan tidak terlepas lagi, kena jaga Selangor betul-betul,” katanya mengakhiri bicara.
- Bernama



Demikianlah Artikel Umno Selangor serik, insaf 9 tahun jadi pembangkang beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Umno Selangor serik, insaf 9 tahun jadi pembangkang beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umno Selangor serik, insaf 9 tahun jadi pembangkang beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/umno-selangor-serik-insaf-9-tahun-jadi.html

Subscribe to receive free email updates: