Gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap Tian Chua beritamalay3.blogspot.com

Gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap Tian Chua beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap Tian Chua beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap Tian Chua beritamalay3.blogspot.com
link : Gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap Tian Chua beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap Tian Chua beritamalay3.blogspot.com

 
Pengurusan kes rayuan itu bermula 2.30 petang tadi, tetapi sehingga 4 petang, Tian Chua dan peguamnya gagal hadir tanpa memberi sebarang alasan kukuh.


tian-chua_law


PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas Tian Chua yang tidak menghadiri pengurusan kes rayuannya terhadap kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948, pada 2013.

China Press melaporkan pengurusan kes rayuan itu bermula 2.30 petang tadi, tetapi sehingga 4 petang, naib presiden PKR itu bersama peguamnya gagal hadir tanpa memberi sebarang alasan kukuh.

Hakim Datuk Sofian Abd Razak membidas ahli Parlimen Batu itu tidak menghormati mahkamah dan mengeluarkan perintah waran tangkap ke atasnya.

“Memandangkan ini adalah kes jenayah, kehadiran perayu dimestikan. Tetapi hari ini, peguam perayu turut gagal hadir,” katanya sambil menetapkan 18 Januari 2018 untuk pengurusan kes.

Pada 28 September 2016, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 3 bulan dan denda RM1,800 kepada pemimpin pembangkang berusia 54 tahun itu kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam ceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor antara 8.55 malam hingga 11.15 malam, 13 Mei 2013, seminggu selepas pilihan raya umum ke-13.

Dia didakwa mengeluarkan ucapan berbaur hasutan itu dengan mengajak orang ramai turun ke jalan raya bagi membantah kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara 5 tahun atau denda.



Demikianlah Artikel Gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap Tian Chua beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap Tian Chua beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap Tian Chua beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/gagal-hadir-mahkamah-keluar-waran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :