Judul : Isu kafir: Mufti diam kerana campur tangan politik, kata Hadi beritamalay3.blogspot.com
link : Isu kafir: Mufti diam kerana campur tangan politik, kata Hadi beritamalay3.blogspot.com
Isu kafir: Mufti diam kerana campur tangan politik, kata Hadi beritamalay3.blogspot.com
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: PAS mempertahankan tindakan berdiam diri mufti dalam isu kafir-mengkafir sekitar tahun 1980-an dahulu kerana disebabkan oleh campur tangan politik dalam urusan pentadbiran negara.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian menjawab kritikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap golongan mufti yang gagal menegur PAS dalam isu mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai parti itu.
"Sepatutnya dalam sistem pemerintahan demokrasi, sistem pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.. apa yang berlaku adalah campur tangan politik terhadap pengurusan pentadbiran.
"Menyebabkan hakim dipecat, ketua polis negara bertindak dengan cara yang tidak tepat, mufti pun hendak dipaksa. Daripada mereka bercakap lebih baik mereka diam di masa itu, lebih selamat. Itu suasana ketika itu, itu dari segi pemerintahan negara yang perlu kita jelaskan," katanya di sidang media selepas merasmikan Kempen Penambahan Ahli PAS 'Pilihanku 2.0', di ibu pejabatnya, hari ini.
Terdahulu, Dr Mahathir pada semalam mempersoal mengapa tiada golongan mufti tidak memperbetulkan kenyataan PAS, yang didakwa mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai parti berkenaan.
Berucap di pentas perhimpunan agung PPBM, Dr Mahathir berkata: "Mereka berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka setuju dengan pendapat parti PAS. Kalau mereka setuju dengan PAS, mereka tak masuk PAS maka mereka juga kafir."
Bekas perdana menteri itu merujuk kepada Amanat Hadi yang mencetuskan peristiwa Memali pada 19 November 1985, yang menyebabkan pengikut-pengikut Ibrahim Libya merancang kononnya menggunakan pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan.
"Dr Mahathir pakar perubatan, bukan ahli hukum syarak. Oleh kerana perkara itu berkait dengan hukum syarak dan agama, dia tak boleh memaksa orang yang ahli dalam ilmu syariat untuk ikut beri fatwa mengikut kemahuannya. Saya rasa langkah mufti mengambil sikap yang begitu di zaman itu, zaman yang tidak ada pemisahan kuasa," selar Hadi.
Peristiwa Memali tercetus pada 19 November 1985 iaitu pada era pemerintahan Dr Mahathir, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.
Pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama itu beserta empat anggota polis, dengan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
PAS sebelum ini mengkritik Dr Mahathir kerana menyebabkan perpecahan orang Melayu serta meminggirkan isu-isu kepentingan Islam.
Demikianlah Artikel Isu kafir: Mufti diam kerana campur tangan politik, kata Hadi beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Isu kafir: Mufti diam kerana campur tangan politik, kata Hadi beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu kafir: Mufti diam kerana campur tangan politik, kata Hadi beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/isu-kafir-mufti-diam-kerana-campur.html