Judul : KDN sahkan pengharaman buku Zaid dan 20 lain beritamalay3.blogspot.com
link : KDN sahkan pengharaman buku Zaid dan 20 lain beritamalay3.blogspot.com
KDN sahkan pengharaman buku Zaid dan 20 lain beritamalay3.blogspot.com
Menurut ketua setiausaha KDN, semua penerbitan itu boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda dan tidak sesuai sebagai bahan bacaan umum.
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap 21 penerbitan kerana kandungannya yang mungkin memudaratkan keselamatan, ketenteraman, moral dan kepentingan awam serta menggemparkan fikiran orang ramai.
Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perintah larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan P.U(A) 39-401 bertarikh 19 Disember 2017.
Beliau berkata warta perintah larangan itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).
“Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.
“Secara keseluruhannya, kesemua penerbitan berkenaan dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda di mana ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum,” katanya.
Senarai tajuk penerbitan yang dilarang
- Assalamualaikum : May Peace Be Upon You Observations On The Islamisation Of Malaysia
- “Qun Jiao Wang Shi”
- “36F Da Bo Mei De You Huo”
- “Gou Nan Nv No. 2”
- Antithesis
- Loaded (No. Keluaran 242)
- 100 Keajaiban Di Dunia
- Amalan Mustajab Dan Murah Rezeki
- Senjata & Pendinding Mukmin
- Asma Ul-Husna : Rahsia Dan Amalan 99
- Nama Allah
- Rahsia Dan Kelebihan Kayu Kokka : Jenis Kayu Bahtera Nabi Nuh AS – Tongkat Nabi Musa AS
- Perjalanan Yang Cemerlang 1930 – 1980 Mempromosi fahaman komunisme.
- Intense Pleasure
- Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Hampir Tidak Kesampaian Berakhir Tiada Kesudahan
- Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Dimanakan Ku Cari Ganti
- Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri
- Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Pencarian Ilmu Dipenghujung Rasa
- Agama Masa Depan : Perspektif Filsafat Perennial
- 25 Kisah Mukjizat Rasulullah
- Meneladani Rasulullah & Cerita Lain
“Mereka boleh disabitkan penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali bawah Seksyen 8(2) Akta 301,” katanya.
Alwi juga menyarankan agar orang ramai yang mendapati penerbitan itu masih ada di pasaran membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di http://moha.spab.gov.my
Demikianlah Artikel KDN sahkan pengharaman buku Zaid dan 20 lain beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel KDN sahkan pengharaman buku Zaid dan 20 lain beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KDN sahkan pengharaman buku Zaid dan 20 lain beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/kdn-sahkan-pengharaman-buku-zaid-dan-20.html