Judul : Kemuka aduan jika harga barangan sekolah tidak berpatutan beritamalay3.blogspot.com
link : Kemuka aduan jika harga barangan sekolah tidak berpatutan beritamalay3.blogspot.com
Kemuka aduan jika harga barangan sekolah tidak berpatutan beritamalay3.blogspot.com
THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mendapati barangan sekolah dijual dengan harga tidak berpatutan boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan seterusnya.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata mana-mana pihak yang melakukan kesalahan membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah, boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
“Penjual jangan cuba ambil peluang untuk mencabar akta sedia ada. Pada masa sama diharapkan koperasi sekolah menjual peralatan dengan harga berpatutan. Untung itu jangan ambil lebih,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan replika cek Pertandingan Fotografi GoCare Charity di sini, hari ini.
Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dilaporkan berkata harga kelengkapan sekolah meningkat antara 30 hingga 40 peratus berbanding tahun lalu.
Dalam pada itu, Chong berkata kerajaan akan meneruskan bantuan awal persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 seorang pada tahun hadapan.
Pertandingan anjuran Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) itu bertujuan mengumpul dana bagi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) dan PAWS Animal Welfare Society (PAWS).
Individu berminat menyertai pertandingan ini boleh mengambil foto bertemakan ‘Loving, Caring, Sharing Malaysia’ dan memuat naiknya dalam laman Facebook dengan hashtag
#GoCareCharityPhotography, sebelum 25 Feb tahun hadapan.
Setiap gambar yang dimuat naik akan menerima sumbangan RM1 daripada organisasi GoCare yang akan disalurkan kepada MNS, NASOM dan PAWS.–Bernama
Demikianlah Artikel Kemuka aduan jika harga barangan sekolah tidak berpatutan beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Kemuka aduan jika harga barangan sekolah tidak berpatutan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kemuka aduan jika harga barangan sekolah tidak berpatutan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/kemuka-aduan-jika-harga-barangan.html