Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN beritamalay3.blogspot.com

Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN beritamalay3.blogspot.com
link : Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN beritamalay3.blogspot.com

 
Musa Hassan berkata tahanan ISA juga bukan tahanan politik.


Musa-Hassan-Anwar

PETALING JAYA: Bekas ketua polis negara hari ini menepis anggapan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tahanan politik, sambil berkata Malaysia tidak pernah ada tahanan seperti itu.

Tan Sri Musa Hassan turut membandingkan ketua umum PKR itu dengan nasib dialami pemimpin Myanmar, Aung San Syuu Kyi, tidak lama dulu.

“Di Myanmar, Aung San Syuu Kyi dulu tahanan politik dia tak boleh keluar rumah langsung, dia tidak boleh terlibat dengan politik,” katanya pada sidang akhbar hari ini, mengulas gesaan peguam hak asasi dan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Anwar dibebaskan.

Malah, Musa berkata Malaysia tidak pernah ada tahanan politik walaupun sebelum ini kerajaan pernah membuat tangkapan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Bagi saya, di Malaysia ini tak ada tahanan politik kerana setiap orang yang ditahan ataupun dipenjarakan menjalani proses perbicaraan.

“Kalau dulu ada ISA pun, orang yang ditahan itu tadi boleh membuat rayuan di mahkamah untuk cabar penahanan dia,” katanya.

Menurutnya, bekas tahanan ISA di Malaysia boleh menyertai politik.

“Mereka boleh menang pilihan raya boleh jadi menteri, boleh jadi ketua dan macam-macam lagi,” kata.

Semalam Dr Mahathir dan Motley dalam kenyataan bersama menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.

“Kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan permintaan kami dengan serius dan demi keadilan dan hubungan antarabangsa Malaysia,” kata mereka.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabitkan dengan pertuduhan liwat.

Beliau bagaimanapun menafikannya dan berkata ia sebahagian daripada konspirasi politik menjatuhkannya.



Demikianlah Artikel Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/malaysia-tak-pernah-ada-tahanan-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :