Muhyiddin harap PH umum barisan kerajaan dalam masa terdekat beritamalay3.blogspot.com

Muhyiddin harap PH umum barisan kerajaan dalam masa terdekat beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Muhyiddin harap PH umum barisan kerajaan dalam masa terdekat beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin harap PH umum barisan kerajaan dalam masa terdekat beritamalay3.blogspot.com
link : Muhyiddin harap PH umum barisan kerajaan dalam masa terdekat beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Muhyiddin harap PH umum barisan kerajaan dalam masa terdekat beritamalay3.blogspot.com

 
PPBM berharap barisan kerajaan yang akan diumumkan mengambil kira kehendak dan citarasa serta pilihan rakyat.


muhyiddin-yasin-ppbm-speech-1


SHAH ALAM: Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berharap Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan barisan kepimpinan dalam kerajaan untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti dalam masa terdekat.

Dalam masa yang sama, PPBM sepenuhnya menyokong bekas perdana menteri dan pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad, memainkan peranan penting dalam kerajaan PH itu.

“Saya berharap dalam masa yang terdekat ini, setelah selesai semua proses musyawarah, kita akan dapat mengumumkan bakal barisan kepimpinan kerajaan PH, dengan mengambil kira kehendak dan citarasa serta pilihan rakyat.

“Bagi pihak PPBM, saya ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Dr Mahathir untuk memainkan peranan utama dalam barisan kepimpinan kerajaan PH nanti,” katanya sewaktu berucap di mesyuarat agung PPBM kali pertama di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) hari ini.

PPBM percaya gandingan kepimpinan pemimpin PKR, DAP, Amanah dan PPBM dan pengalaman 22 tahun Dr Mahathir menerajui kerajaan akan meletakkan Malaysia kembali ke landasan yang betul.

“Kita tidak ragu-ragu bahawa Dr Mahathir, bersama-sama dengan pimpinan PH yang lain, akan meletakkan Malaysia kembali di landasan yang betul dan sekali lagi memimpin negara kita menuju gerbang kegemilangan,” katanya.

Konvensyen hari ini merupakan yang mesyuarat agung pertama PPBM sejak penubuhannya diluluskan pada September 2016. PH sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang perlu dipanggil selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.



Demikianlah Artikel Muhyiddin harap PH umum barisan kerajaan dalam masa terdekat beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Muhyiddin harap PH umum barisan kerajaan dalam masa terdekat beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin harap PH umum barisan kerajaan dalam masa terdekat beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/muhyiddin-harap-ph-umum-barisan.html

Subscribe to receive free email updates: