NGO Wanita Felda bakal ditubuh, kata Pengerusi Anak beritamalay3.blogspot.com

NGO Wanita Felda bakal ditubuh, kata Pengerusi Anak beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk NGO Wanita Felda bakal ditubuh, kata Pengerusi Anak beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO Wanita Felda bakal ditubuh, kata Pengerusi Anak beritamalay3.blogspot.com
link : NGO Wanita Felda bakal ditubuh, kata Pengerusi Anak beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


NGO Wanita Felda bakal ditubuh, kata Pengerusi Anak beritamalay3.blogspot.com


 
NGO Wanita Felda bakal ditubuh, kata Pengerusi Anak



Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, sambutan yang begitu menggalakkan terhadap program Himpunan Wanita Generasi Felda Kebangsaan yang diadakan di Dewan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya semalam bakal merintis jalan ke arah penubuhan NGO Wanita Felda bagi memperjuangkan hak dan kepentingan warga Felda.


Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamrudin berucap merasmikan Himpunan Wanita Generasi Felda Kebangsaan di Petaling Jaya semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai program berkenaan.

“Alhamdulillah, setelah menunggu begitu lama, hari ini Himpunan Wanita Generasi Felda Kebangsaan dapat diadakan di Dewan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.

“Kehadiran wanita Felda dari Selangor, Pahang, Kelantan, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan merupakan suatu catatan sejarah baru.

“Jika 4 Nov 2007, tertubuhnya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) di Bandar Jengka, Pahang; himpunan hari ini bakal merintis jalan ke arah penubuhan NGO Wanita Felda,” kata beliau.

Kata Mazlan, kehadiran Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamarudin yang merasmikan himpunan tersebut, disusuli Pengarah Institut Wanita Berdaya Selangor(IWB), YB Haniza Talha yang melakukan upacara penutup, melengkapkan majlis yang penuh bermakna.

“Slot khas bersama Puan Aishah @ Kak Chah, bekas Pegawai Seranta JPM dan bekas Ketua GPW Felda Gugusan Chini dan Puan Nora Abd Rahman, Ketua GPW Felda Serting Hilir 3, sangat mengesankan.

“Pembentangan kertas kerja oleh pensyarah di Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (Kanita) USM Dr Zaireeni Azmi yang memberikan input berdasarkan kajian beliau mengenai wanita Felda, sangat relevan dalam konteks pemberdayaan wanita Felda,” kata beliau lagi.

Mazlan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama Institut Wanita Berdaya Selangor, ARIF dan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada Pengarah Program, Anis Afida Azli, timbalannya, Norliza Ngadiran serta pasukan penganjur atas kerja keras yang diberikan.

“InsyaAllah, suara wanita Felda yang berani memperjuangkan hak dan kepentingan masa depan warganya, akan lebih menyerlah selepas ini,” sambungnya.



Demikianlah Artikel NGO Wanita Felda bakal ditubuh, kata Pengerusi Anak beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel NGO Wanita Felda bakal ditubuh, kata Pengerusi Anak beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NGO Wanita Felda bakal ditubuh, kata Pengerusi Anak beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/ngo-wanita-felda-bakal-ditubuh-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :