Pelajar pilih bidang sains di UMT merosot beritamalay3.blogspot.com

Pelajar pilih bidang sains di UMT merosot beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelajar pilih bidang sains di UMT merosot beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar pilih bidang sains di UMT merosot beritamalay3.blogspot.com
link : Pelajar pilih bidang sains di UMT merosot beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Pelajar pilih bidang sains di UMT merosot beritamalay3.blogspot.com



ISMA WEB.

KUALA NERUS – Kemerosotan jumlah pelajar yang memilih bidang sains di institusi pengajian tinggi khususnya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dilihat semakin ketara.

Timbalan Naib Canselor UMT, Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali berkata, status pelajar yang mengambil bidang sains bagi lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di UMT hanya sebanyak 29 peratus dua tahun lepas.

“Bagaimanapun tahun lepas pelajar yang memilih bidang itu merosot lagi kepada 27 peratus daripada 10,000 pelajar di universiti itu,” katanya kepada pemberita selepas pertandingan debat Piala Debat Tamil Kebangsaan di sini.

Pertandingan itu dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Che Mohd Ruzaidi berkata, pengaruh luar atau pengaruh media yang kurang mendedahkan kepentingan bidang sains dan teknologi mungkin menimbulkan persepsi negatif pelajar terhadap bidang sains yang melibatkan matematik, fizik dan kimia yang dianggap sukar dipelajari.

“Tetapi sebenarnya kalau kena cara dan pendekatannya bidang sains ini adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menarik untuk dijadikan ruang mencapai hasrat dalam bidang pekerjaan dan kerjaya,” katanya.

Sehubungan itu, Che Mohd Ruzaidi memuji pendekatan kerajaanTerengganu yang memperkenalkan program sains di sekolah bagi memberi pendedahan awal terhadap bidang itu kepada pelajar di negeri ini.

“Sebab itu adanya program sains diperkenalkan di Terengganu seperti Saintis Islam dan sebagainya kepada pelajar tingkatan lima, enam dan sebagainya,” katanya.- Bernama




Demikianlah Artikel Pelajar pilih bidang sains di UMT merosot beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Pelajar pilih bidang sains di UMT merosot beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar pilih bidang sains di UMT merosot beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/pelajar-pilih-bidang-sains-di-umt.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :