Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian beritamalay3.blogspot.com

Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian beritamalay3.blogspot.com
link : Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian beritamalay3.blogspot.com

THE MALAYSAN TIMES
 


PARIT: Seorang pemandu lori dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu lori secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga sekeluarga pada minggu lepas.

Tertuduh Syakirul Nazif Amrah, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Dia didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang pegawai kanan Exco, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35; isteri, Nor Haslina Abdul Razak, 27; dan adiknya, Nor Azira Ahmad Azzudin, 24, di Km35 Jalan Bota Kanan-Teluk Intan pada, kira-kira 6.30 pagi. 13 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Peguam Harbans Kaur daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengenakan jaminan RM2,000 kerana anak guamnya hanya memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan selain perlu menanggung ibu serta seorang adik.

Mohd Fitri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan lesen memandu tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 17 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Ahmad Nor Al-Zaidin merupakan pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharudin.– Bernama



Demikianlah Artikel Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/pemandu-lori-didakwa-pandu-melulu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :